Romance Series 2836

Dhia terasa seperti ada seseorang yang mengejarnya dari arah belakang. Perkarangan kolej mulai lenggang, hanya ada segelintir sahaja manusia yang sedang menunggu bas di luar pagar kolej.
Dhia memalingkan mukanya yang jelas kelihatan pucat sambil berlari-lari anak menuju ke perhentian bas.
Dari kejauhan kelihatan Idham sedang berjalan laju ke arahnya, Dhia tidak keruan dan sempat menyumpah seranah kepada kereta Mini coopernya yang rosak pada pagi tadi. Akibatnya Dhia terpaksa menunggu Faqih datang menjemputnya.

"Aduhh mana pulak Faqih ni.." Sungut Dhia apabila terasa Idham sudah ada di sisinya sambil tersenyum gatal.
"Hai Dhia..kereta Dhia rosak ke? Dhia tengah tunggu cab? Jom laa abang tolong hantarkan.." Tegur Idham tersengih-sengih.
Mata Idham kemerahan seperti dia sedang dalam keadaan berkhayal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience