Romance Series 2836

Dhia memandang belakang badan Benji sehingga kelibat Benji hilang dari pandangan.

"Oitt Dhia, amboi kau! Bukan main ehh tenung anak teruna orang.." Usik Maya. Entah bila Maya muncul di sebelahnya pun tak tahu. Dhia hanya menjongket bahu menandakan dia malas melayan usikan Maya.

Tepat pukul 6 petang sesi orientasi telah pun tamat setelah satu minggu junior-junior di torture oleh abang-abang senior dan kakak-kakak senior. Dhia menghembuskan nafas lega dan merengangkan sedikit badannya yang terasa pegal dan Dhia tergesa-gesa keluar dari dewan apabila mendengar Idham memanggil namanya dari jauh. Selepas mendengar tentang sikap Idham daripada Maya, Dhia berusaha mengelak dari bertembung dengan Idham di kolej. Idham pula seperti tidak faham bahasa kerana tetap sahaja mencari ruang untuk mendekati dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience