Romance Series 2836

Dhia cuba menjarakkan diri sedikit apabila bahunya terasa bersentuhan dengan Idham. Idham yang menyedari Dhia seperti ingin menjauhkan diri darinya terus merapatkan lagi dirinya sehingga Idham boleh menghidu wangian tubuh Dhia. Dhia berlagak seperti biasa walaupun degupan jantungnya seperti mahu pecah.

"Abang senior ok tak ni?" Tegur Dhia berani.
"Abang ok.. ok.. " Balas Idham gagap. Matanya melilau meratah muka dan tubuh Dhia. Dhia semakin tidak selesa dan terus menelefon Faqih.
Please pick up Faqih! Bisik hati Dhia ketakutan.

"Hello Sya..aku dalam 2 minit lagi sampai , tunggu kejap nanti aku sampai.." Akhirnya Faqih menjawab panggilan Dhia. Dhia yang hampir menangis cuba mengawal emosi dan suaranya.
"Sayang...cepat laa sikit ambil Dhia,Dhia dah penat tau tunggu.." Ujar Dhia manja. Dhia sengaja berbuat demikian supaya Idham tahu dia sudah mempunyai teman lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience