Romance Series 2836

"Wassup sayang.." Usik Faqih apabila tubuh tinggi lampai Dhia memasuki kereta Myvinya.
"Kau panggil aku sayang sekali lagi rabak mulut kau aku kerjakan." Jerkah Dhia garang.
"Woo..woo.. relaks Sya, lapar betul kau ye sampaikan terus sembur aku." Ketawa lepas Faqih dengan gelagat Dhia. Dhia hanya masam mencuka disebelah Faqih. Faqih hanya diam dan meneruskan pemanduannya.

Faqih menoleh sekilas disisi memandang muka Dhia yang cemberut. Comel! Senyuman Faqih menghiasi mukanya yang jambu.
"Sya..kau ni kan dari petang tadi tak habis-habis sentap dengan aku..kau period ehh..? Usik Faqih lagi. Ketawa Faqih bergema didalam kereta. Faqih melirik matanya kearah Dhia. Alamak! Gunung berapi dah nak meletus. Usai sahaja melihat muka berapi Dhia, Faqih membuat tanda peace sambil tersengih kerang busuk. Dhia hanya mampu menahan geram sehingga mereka sampai dikedai makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience