Romance Series 2836

Faqih yang mendergar suara lunak Dhia terus terdiam. Apahal pulak minah ni?
"Sya..kau okay tak ni?" Tanya Faqih
"Cepat sikit sayang." Ujar Dhia pendek lantas panggilan dimatikan. Faqih terasa debar didada kerana mendengar suara Dhia yang sedang menahan tangis dan getar. Tunggu aku Sya!
Faqih terus memecut kereta dengan lajunya. Dari jauh Faqih melihat Dhia terkaku di sebelah seorang lelaki. Terasa sesuatu yang tidak kena, Faqih keluar dari kereta terus berjalan kearah Dhia dengan senyuman.
"Hai sayang.." Tegur Faqih lantas memeluk Dhia rapat. Idham yang melihat adegan itu terus lari meninggalkan Dhia.
"Kau kenapa Sya? Muka kau pucat.." Bisik Faqih lembut ditelinga Dhia. Dhia yang masih ketakutan memeluk erat Faqih dan merembeskan air mata di dada Faqih. Faqih yang tidak tahu apa-apa hanya membiarkan perbuatan Dhia. Mujurlah tiada sesiapa yang melihat adegan tidak bermoral ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience