Romance Series 2836

Selesai sahaja mengisi borang yang berkaitan, Dhia terus menuju ke bangunan A di sebelah dewan. Peluh mulai kelihatan di dahi Dhia, muka Dhia kemerahan menahan panas terik mentari. Dhia mengambil tisu di tote beg lalu mengesat peluh yang mulai jatuh di pipinya.

Tingg..tingg
Telefon Dhia berbunyi menandakan mesej masuk. Dhia tidak menghiraukannya lalu terus laju menapak kearah bangunan A. Tidak sampai beberapa saat kaki Dhia melangkah,terdengar pula bunyi panggilan masuk di Iphone 7+ milik Dhia. Dhia merengus geram lantas menyelongkar beg dan menjawab telefon.

"Hoi makcik, kenapa tak balas whatapps aku?" Sergah garang pemanggil di sana sambil mengekek ketawa.
"Apa hoi-hoi? Kau ni kacau aku laa.. Aku busy nanti aku call lepas hal aku selesai!" Jerkah Dhia lantas mematikan telefon. Dhia tergesa-gesa menapak kearah bangunan A yang tidak jauh darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience