BAB 8

Romance Completed 665

8 Julai

- Aku membaca mengenai pengakuan artis pujaan ramai dalam akhbar
mingguan, bahawa kekasihnya iaitu seorang artis perempuan itulah
cintanya yang pertama. Aku nak gelak membacanya, pandainya mereka
berlakon ye, dengan aku, kau dah main, nak mengaku kau teruna suci,
boleh blah le… geram… aku sememangnya geram kerana entahle mood aku
untuk bersuka-suka dewasa ini semakin pudar. Mungkin Tuhan nak
menyedarkan aku tetapi aku terlalu berdosa pada Tuhan… mampukah
dosa-dosa ini diampunkan Tuhan, sedangkan manusia sendiri memandang aku
sehina-hina manusia terutamanya Uda. Uda terlalu kejam dan tidak salah
kalau aku menyatakan Udalah puncanya aku masuk ke lembah ini. Uda… kau
sememangnya kejam………..

Aku tersentak. Seribu kekalutan dan kekusutan yang sukar untuk aku
ungkaikan bermain dalam benak fikiranku. Aku termenung sendirian. Aku
teringat akan satu terjemahan ayat Al-Quran yang bermaksud

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan pengajaran
yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan jalan yang terbaik.
Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari
jalanNya daripada mereka yang mendapat petunjuk.”– (16 : 25)

Aku tidak nafikan bahawa mungkin aku yang bersalah kerana membiarkan
Raykal terus di lembah yang hina. Sepanjang aku mengenali dia, aku tidak
merasakan bahawa hidupnya dalam alam yang songsang itu telah berlaku.
Kemungkinan selepas aku membuangnya, dia memilih jalan yang hina ini
sebagai satu tempat melepaskan kegeraman dan kemarahannya terhadap aku.
Aku yang kejam dan aku yang zalim kerana menghukum dirinya tanpa
memberikan dia peluang untuk dia hidup seperti insan lain.

Aku tersentak bila teringatkan terjemahan Surah Al Baqarah yang
bermaksud “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk,
akan tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya”. Aku pasrah dengan tuduhan Raykal itu kerana mungkin ada
kebenarannya, semua itu telah tertulis bahawa inilah yang akan berlaku.
Aku tidak bisa menolak Qada dan Qadar kerana semua itu ketetapan dari
Yang Maha Esa.

Aku teruskan membaca diarinya, sungguh aku tidak menduga bahawa selepas
itu Raykal terus hanyut dan begitu jugalah dunianya, semakin kelam.
Akukah yang bersalah? Bersalah kerana tidak dapat membentuknya dari
awalan lagi dan terus membuangnya apabila dia menghadapi masalah
pemberontakan dalam jiwanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience