BAB 1

Romance Completed 665

Sudah lama saya tidak menulis, maafkanlah.. mungkin karya saya kali ini
agak keterlaluan daripada tatasusila budaya ketimuran kita, tetapi
inilah hakikat yang perlu kita hadapi dan bukannya hanya cuba
menonjolkan yang baik-baik sahaja dan menyembunyikan yang hodoh-hodoh
itu. Maafkan saya kerana mukadimmah ini terlalu lancang tetapi Tuhan
sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang saya alami apabila membaca diari
yang ditulis khas untuk tatapan saya daripada salah seorang bekas adik
angkat saya yang pernah saya sayangi suatu masa dahulu. Penulisan ini
adalah berdasarkan kepada penulisan diari beliau mengenai kehidupannya
yang telah beliau alami akan tetapi terdapat beberapa perolahan yang
terpaksa dilakukan disebabkan kesongsangan kehidupannya yang mungkin
tidak dapat diterima oleh akal kita generasi timur, akan tetapi saya
harapkan karya ini hanyalah paparan untuk dijadikan tauladan untuk kita
semua. Jangan menghukum sebelum berusaha untuk cuba menasihati.

Kutatap bungkusan dalam kotak kelabu yang ditujukan kepadaku itu.
Melihat akan tulisnnya, aku teringatkan akan seseorang. Raykal Jamsari,
salah seorang bekas adik angkatku yang paling akrab denganku sewaktu aku
menuntut di Universiti Tempatan di selatan tanahair. Anak lelaki bongsu
daripada 3 orang adik beradik. Bapanya seorang yang amat berpengaruh
dalam kerajaan manakala ibunya pula seorang aktivis masyarakat. Tinggal
di Persiaran Istana, Shah Alam. Tidak sukar untuk kugambarkan keadaan
kediamannya itu. Maklumlah kawasan orang kaya-kaya.

Kubuka bungkusan itu dengan agak gelojoh. Dadaku berdebar-debar. Entah
kenapa? Aku sendiri pun tidak tahu akan sebabnya. Sudah hampir 2 tahun
aku memutuskan hubungan aku dengannya. Entahlah, aku juga kesal dengan
sikapku di waktu itu, timbul rasa kekesalan kerana sanggup membiarkan
adikku itu hanyut dalam dunianya yang terlalu asing, kotor dan hina.
Kejamnya aku.

Di dalam bungkusan itu, terdapat sebuah diari dan dikulit depannya
tertulis ‘Buat tatapan Uda yang tersayang – Maafkan Raykal ’.
Tiba-tiba sahaja hatiku tersentuh. Aku teringat pertemuan yang terakhir
di antara aku dengannya iaitu kira-kira tiga tahun lepas. Masa itu aku
benar-benar tersentak dengan pengakuan jujur adikku itu. Merah padam
mukaku pada masa itu, sekiranya ditoreh dengan pisau, pastikan tiada
darah pun yang akan menitis di seluruh wajahku.

Kubuka diari itu. Terlalu banyak ruang kosong didalamnya seolah-olah
menggambarkan kekosongannya. Aku tatap satu persatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience