BAB 9

Romance Completed 665

15 September

- Entahlah, aku telah lama cuba meninggalkan dunia yang hina ini tetapi
masih sukar untuk aku meninggalkanya kerana tiada sesiapa yang sudi
untuk menyokong aku. Aku masih mengharapkan Uda akan hadir dan
memberikan sokongan tetapi aku malu kerana dosaku terlalu besar di sisi
Tuhan. Tetapi, Uda pernah memberitahu aku dahulu bahawa Tuhan itu Maha
Pengampun, tetapi tidak bolehkah Uda memaafkan diri ini. Maafkan Raykal
Uda. Sememangnya Raykal mengakui bahawa Raykal sememangnya jahat kerana
menjerumuskan diri dalam dunia ini, tapi Raykal terlalu kosong Uda… kalau
Uda dapat mendengar akan suara hati ini, Uda mungkin akan mengerti.
Sejahat-jahat aku, aku masih tidak pernah melupakan sembahyang lima
waktu aku, aku masih berpegang bahawa Tuhan itu Maha Pengampun, aku
bermunajat supaya esok masih ada sinarnya untuk aku. Maafkan Raykal …Uda.
Semoga penyakit hina ini akan hilang dari diri ini. Aku berdoa, aku
sendiri tidak pernah inginkannya.

Aku terpana, perkataan penyakit itu benar-benar menyentuh perasaanku.
Aku teringat akan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud

“Sesungguhnya bagi setiap penyakit ada ubatnya dan ubat daripada
dosa-dosa ialah permohonan ampun (istighfar) – Riwayat Abu Dzaar r.a”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience