BAB 10

Romance Completed 665

16 Disember

- Selamat hari jadi Uda…Kasih Raykal masih ada pada Uda dan Raykal
harapkan keampunan daripada Uda kerana sikap dan perangai Raykal yang
banyak menyusahkan Uda selama ini. Terima kasih kerana pernah menyayangi
diri ini. Aku harap Uda dapat mendengarkannya. Hari ini juga bersamaan
dengan 20 Ramadan dan tidak lama lagi kita akan merayakan Hari Raya
Aidil Fitri. Semoga tahun ini akan mengubah nasib dan masa depan aku.
Untuk aku meninggalkan dunia ini, mungkin sukar dengan mendadak, biarkan
aku buat secara perlahan dan aku redha dengan ketetapanNya buatku.
Teringat akan Azlan.. 012-25#####. Katanya isterinya dah mengandung 5
bulan. Tahniah daripada aku. Uda, kalau kau boleh mendengar kata-kata
ini, doakanlah semoga Raykal akan berubah.

Aku tersentuh dengan ayat yang terakhir. Terlintas kenapa Raykal
menghantar diarinya ini kepadaku. Kalau dilihat daripada alamat
pengirim, Azlan…. Aku teringat bahawa mesti ada sesuatu yang anih di
sini. Aku terus mendapatkan nombor telefon Azlan dan menghubunginya.

“Assalammualaikum, boleh bercakap dengan En. Azlan,”

“Ya, bercakap, siapa di sana?”

“Saya Azam, bekas abang angkat Raykal , saya dapat nombor ni daripada
diarinya,” jelasku

“Ooo, uda le ni,” Aku terkejut kerana dia memanggil aku Uda seolah-olah
begitu mengenaliku.

“Yup, kita pernah berjumpa ke?” soalan bodoh itu yang terkeluar dari
mulutku.

“Tak, tetapi aruah seringkali bercerita tentang Uda suatu masa dahulu,”

Aku tergamam. Aruah? Siapa aruah?

“Siapa yang aruah ni?” soalku dengan debaran yang kencang.

“Oh, Uda tak baca lagi ke surat di penghujung diari tu? Maafle Uda,
Raykal baru saja meninggal sebulan lepas. Barah hati,” dengan nada yang
agak sebak dia cuba menjelaskannya kepada ku. Aku terasakan amat asing
sekali kerana inilah tamparan yang paling hebat yang aku alami.

“Hello! Hello! Uda masih di talian ke lagi??”

“Yup, uda dengar ni, habis tu siapa yang poskan diari ini buat Uda?”

“Oh, yang itu saya yang poskan sebab itu wasiatnya yang terakhir kepada
saya,”

“Kalau begitu tak mengapalah, terima kasih ye Azlan. Assalammualaikum,”

Air mataku menitis dan mengalir. Aku terus mendapatkan surat yang
dinyatakan ada dipenghujung diari yang dikirimkan buat tatapanku itu.
Aku membukanya dengan agak longlai kerana sebaknya hanya Tuhan saja Yang
Maha Mengetahui. Aku menatap warkah tulisan tangan Raykal buatku.

Assalammualaikum Uda,

Maafkan Raykal kerana banyak menyusahkan Uda. Raykal amat menghargai
perhubungan kasih sayang antara kita suatu masa dahulu cumanya Raykal
tersilap kerana beranggapan bahawa semua hubungan kasih sayang mesti
diakhiri dengan hubungan sex. Maafkan Raykal , Uda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience