BAB 6

Romance Completed 665

24 Februari

- Aku akhirnya berpisah dengan Azlan. Alasannya ingin berkahwin dan
ingin meninggalkan dunia hina ini. Aku tidak boleh melarangnya. Entahlah
kenapa.. kasih sayang aku terhadapnya hanyalah bersifat untuk
kegembiraan. Keseronokan duniawi yang sementara ini. Aku tahu semua itu,
Udalah orang yang mengajar akan kepentingannya hidup di Alam Akhirat,
cuma aku yang selalu terlena. Maklumlah aku ini mengejar duniawi. Aku
cuma gembira sewaktu ‘bersama’ dengannya. Tidak pernah lebih daripada
itu. Aku langsung tidak merasai jiwa kegembiraan dalam hubungan aku
dengannya. Selamat Pengantin Baru Azlan. Semoga kau berbahagia dengan
isterimu dan memulakan hidup baru. Bila kau melangkah, janganlah kau
menoleh lagi ke belakang ini. Rahsia antara kita tetap aku simpan hingga
ke akhir hayatku.

Aku tersentak. Entah kenapa air mataku terus mengalir. Mungkin kerana
perasaan sayang itu masih wujud dalam diri ini. Timbul seribu penyesalan
kerana membiarkan Raykal hanyut dalam dunianya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience