BAB 5

Romance Completed 665

3 Februari

- Walaupun Uda enggan menerima aku lagi, namun Udalah orang yang paling
aku hormati. Udalah orang yang memperkenalkan aku dengan amalan Islamku.
Kalau aku tidak mengenali Uda, aku langsung tidak tahu akan agamaku.
Abah dan mama langsung tidak menghiraukan sejauh manakah Islamnya
keluarga kami. Aku bertuah kerana bertemu dengan Uda. Walaupun aku tahu
Uda telah lama membuang aku dari lubuk hatinya, namun aku berharap
bahawa Uda masih menyayangiku seperti dulu.

Hatiku tersentuh. Sememangnya, aku menyayangi Raykal seolah-olah aku
menyayangi diriku sendiri. Bagiku Raykal mudah diasuh dan dibentuk. Mudah
mendengar kata dan senang dibawa berunding. Teringat lagi akan satu
peristiwa semasa kami berkhemah di Gunung Ledang sewaktu cuti semester.

“Kau tak sembahyang ke Raykal ?” tegurku yang melihat Raykal termenung di
atas batu di aliran sungai. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kenapa?” aku agak kehairanan.

“Entahle, Raykal pun tak tahu kenapa, tapi… susah Raykal nak jelaskan
sini,” jelasnya pada mulanya lancar tetapi kelamaan menjadi gugup bila
mataku merenungi matanya.

“Raykal buat salah ke Uda?” tanyanya apabila melihat cara renungan aku
dan menyebabkannya berasa kurang selesa.

Akhirnya Raykal menceritakan segala-galanya kepadaku. Aku terpegun. Aku
selama ini selalu beranggapan baik, berfikiran positif tetapi akhirnya
terhenyak dengan kemelutku sendiri. Entahlah di masa itulah barulah aku
mula mengenali dunia ini. Tidak semuanya yang indah itu bererti buatku.

Akulah yang mula mengorak langkah dengan mengenalkan Raykal kepada Ustaz
Azizi, salah seorang felo di Kolejku. Maklumlah sekiranya aku yang
hendak mengajarnya, apalah dayaku, ilmu agamaku pun masih cetek lagi,
maklumlah bekas pelajar sekolah gereja, itulah komen kawan-kawanku
apabila aku menyebut nama bekas sekolahku dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience