BAB 2

Romance Completed 665

1 Januari

- semua orang sedang bergembira maklumlah Hari Raya akan
tiba.Kemeriahannya langsung tiada dalam sanubariku. Aku hanya
merayakan sambutan tahun baru. Sambutan Alaf Baru. Nampak saja aku
terlonjak-lonjak kegembiraan, semua itu dusta belaka.Aku sedih bila
mengenangkan abah terlalu sibuk dengan dunianya dan begitu juga mama.
Agaknya aku ini tiada dalam diari hidup mereka kah? Tiba-tiba sahaja aku
teringatkan Uda. Aku menangis. Aku bukanlah seorang lelaki yang tabah.
Uda! Kenapa Uda buang diri ini. Uda… aku perlukan Uda. Aku
kekosongan…Blue Boy dan Liquid tidak dapat mengisi kekosongan itu.

Aku tersentak. Hatiku benar-benar terusik.Teringat akan peristiwa 2
tahun lalu.

“Uda, kalau Raykal cakap sesuatu, Uda jangan marah ye!”

Aku yang sedang memandu hanya mengangguk-anggukkan kepalaku.

“Apa dia?”

“Uda sayang Raykal tak?”

Aku terdiam, ‘Apahal lak mamat ni?Kena kemaruk apa pula dia malam-malam
macam ni?’ getus hatiku.

“Kenapa tanya soalan tu?”

“Uda jawab le, Uda sayang Raykal atau tidak?”

Pertanyaannya kali ini benar-benar membingungkan aku.

“Uda sayangkan Raykal macam Uda sayangkan adik-adik Uda yang lain,”
jelasku. Dari cermin hadapan , aku dapat melihatkan airmukanya mula
berubah. Aku mula menghentikan keretaku ditepi jalan. Aku renung
wajahnya dengan penuh tanda tanya.

“Setakat itu sahaja?” kulihat terdapatnya titisan air matanya bagaikan
ingin membolosi empangan kelopak matanya yang kuyu.

“Apasal ni Raykal ? Raykal tak sihat ke?” dengan pantas aku cuba menyeka
air matanya yang mula mengalir.

“Malulah anak jantan menangis ni…,”

…tiba-tiba sahaja tanganku itu ditepisnya. Pantas.

“Apasal ni?” aku tersentak dengan kelakuan Raykal .

“Uda hanya sayangkan Raykal setakat itu sahaja? Tidak lebih daripada itu?”

Aku tergamam!!!

“Apa maksud Raykal ? Uda tidak faham le dengan teka teki Raykal ni?”

“Uda tak faham atau pura-pura tidak mahu memahaminya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience