BAB 11

Romance Completed 665

Bila Raykal mendapat tahu bahawa Raykal tidak boleh hidup lama lagi,
dunia Raykal menjadi kelam. Mungkin ini balasan dari Tuhan kerana
perbuatan Raykal di masa lampau, tetapi Uda, Raykal pasrah dengan
ketetapannya. Doakanlah semoga taubat Raykal diterimaNya.

Maafkan Raykal kerana hanyut dalam dunia yang hina ini sehinggakan
semua orang beranggapan bahawa Raykal terlalu kotor untuk disucikan
termasuklah Uda, sedangkan Raykal masih insan biasa perlukan insan lain
untuk mendorong Raykal ke jalan yang benar. Mungkin kerana kekosongan ini
yang melencongkan Raykal ke dunia yang hina ini. Maafkan Raykal , Uda.

Apabila Uda menatap surat ini dan membaca diari yang Raykal kirimkan
khas buat Uda, mungkin Uda akan memaafkan Raykal kerana Raykal tidak
pernah minta dilahirkan begini. Maafkan Raykal .

Buat kali yang terakhir, Raykal mohon agar Uda ampunkanlah Raykal kerana
Raykal telah membuatkan dunia Uda haru biru. Maafkan Raykal .

Daripada adik yang amat menyayangimu

Raykal .

Aku tersentak.Sebak dalam kalbuku semakin menebal. Dunia yang terlalu
luas ini semakin menghanyutkan semua orang. Aku mohon pada Tuhan agar
diampunkan dosa Raykal dan digolongkan dalam golongan orang yang menerima
taufik dan hidayahNya. Amin.

Dari Sahih R Ahmad yang bermaksud, Rasulullah bersabda “Hati-hatilah
terhadap dunia kerana sesungguhnya ia indah dan manis”.

Semoga karya yang diadaptasikan daripada cerita benar aruah adikku itu
dapat menjadi tauladan buat semua dan dengan kata akhir daripada aku di
sini iaitu

“Don’t jugde the people without you try to know them better”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience