BAB 7

Romance Completed 665

1 Mei

-Sudah lama aku tidak berseronok-seronok. Terasa kegersangan dalam diri
ini yang seringkali meronta-ronta. Hidup di sini tidaklah susah untuk
mencari pasangan hiburan maklumlah hidup di zaman internet ini. Masuklah
mana-mana channel dalam IRC dari #gysia, #sayanbang ataupun
#melau, petik saja nama yang berkenaan, ajak keluar untuk berhibur.
Kadang kala aku terasakan bahawa aku ini bagaikan jantan sundal. One
Night Stand. Tapi biasale kan bagus hidup macam ni sebab no string
attached dan tiada ikatan maka aku bebas memilih sesiapa sahaja.
Seminggu, aku boleh berhibur dengan dua tiga orang, kan kemaruk namanya
itu. Namun mungkin itulah untuk mengisi kekosongan dalam hati ini. Uda,
kalau kau mendengar keluhan ini, kenapa kau terlalu kejam menghukum hati
ini. You judged me without knowing me better.

Air mataku menitis lagi, hatiku terasa sebak yang teramat sangat, terasa
ingin sahaja aku memutarkan kembali sejarah agar aku boleh menukarkan
sejarah yang telah berlaku itu. Sememangnya aku kejam kerana bertindak
keterlaluan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience