BAB 3

Romance Completed 665

Aku dapat mendengar dengan jelas sendu dan isakan daripada mulut Raykal .
Kesedihan.

“Selama ini, Raykal hanya bertepuk sebelah tangan ke?” nadanya mula
meninggi dan aku pula semakin keliru dibuatnya.

“Apa semua ni??? Tepuk sebelah tangan apahal pula?? Uda masih tak faham ni!”

“Uda memang tidak mahu memahami perasaan Raykal …. Uda memang ingin
memainkan perasaan Raykal ,”

“Kenapa ni Raykal ? Uda benar-benar tidak faham! Apa sebenarnya yang berlaku,”

Raykal memandang tepat ke arahku. Matanya bertemu dengan mataku.

“Uda tak faham ke perasaan Raykal ? Cintanya Raykal pada Uda!”

Nafasku tersentak! Ayat itu benar-benar bagaikan sembilu menusuk ke
dalam perdu hatiku. Aku terasakan kelam. Gelap. Gulita.

Kutatap kembali wajah Raykal . Dia tertunduk. Entah kenapa hatiku
terasakan panas yang teramat sangat. Terasa ringan sahaja tangan aku
untuk menyepak pipi Raykal yang putih mulus itu.

“Raykal …. cuba Raykal ulang kata-kata Raykal tadi!” aku bagaikan cacing
kepanasan. Hatiku mendidih.

Itulah pertemuan aku yang terakhir dengan Raykal . Selepas aku
menghantarnya kembali ke rumah pada malam itu, aku langsung tidak mahu
menghubunginya. Apabila dia yang cuba menghubungi aku, aku mula mengelak
dengan pelbagai alasan. Akhirnya hubungan kami putus di situ sahaja.

Aku tersentak. Air mataku bagaikan ingin menitis jatuh ke bumi. Perasaan
kesal terasa menyelinap di dalam benak hatiku. Diarinya terus kuselak
satu persatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience