Benda ni buatkan aku terfikir.
Macamana la orang barat tak habis-habis menyatakan yang terrorist adalah Islam kalau dah memang sama sama negara Arab pun nak saling berperang dan berbunuh? Kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus sebab mereka orang luar. Kita sendiri pun tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai umat Islam sebenar. Jadinya, bagaimana?
Aku habiskan nasi yang ada di atas pinggan aku. Kemudian, aku angkat pinggan, dan bergerak ke tempat membasuh tangan. Aku lihat, Abdou masih lagi bercerita sedikit sebanyak, namun kali, lebih ramai rakyat Malaysia yang mahu menceritakan pengalaman mereka sendiri. Ataupun, kisah-kisah kesengsaraan yang pernah merera dengar dari mulut orang lain. Ataupun, yang mereka pernah baca. Ada juga yang memberikan kata-kata nasihat. Seperti, bersabarlah, ini Tuhan sedang mengujimu. Bertahanlah, kerana kemenanganmu telah pun dijanjikan Tuhan. Tidak ada salahnya pun dalam kata-kata yang dilontarkan oleh mereka. Lansung tidak.
Cumanya, cuba letakkan diri itu menjadi mereka.
Diserang setiap hari.
Hidup yang tidak aman.
Hujan peluru bertubi-tubi.
Pembunuhan setiap masa.
Kau rasa, berapa lama kau mampu bertahan?
Selesai membasuh tangan, aku kembali semula ke meja aku. Capai beg, kemudian beri isyarat kepada dua rakan aku supaya lekas. Kita kembali ke kereta dan pulang. Dua rakanku akur lantas melakukan perkara yang serupa.
Aku hendak salam Abdou sebelum aku bergerak.
Tapi kelihatannya, rakan-rakan baru disekelilingnya itu lebih memerlukan perhatian Abdou dari aku. Lalu, aku cuma mendoakan yang baik baik sahaja untuk Abdou dan bergerak keluar dari dewan.
Share this novel