Bab 10

Other Completed 1586

Tanpa dipinta, Abdou meneruskan lagi ceritanya tentang dunia Palestin yang kebanyakan kita cuma baca di Fac, Surat Khabar, dan buku-buku. Namun, ianya kedengaran agak berbeza.

"Kamu tahu, orang semua dimomokkan tentang kejahatan yahudi. Berkata yang yahudi adalah musuh Islam yang utama. Yahudi itu yang patut dibenci. Dimarahi dan diperangi. Hakikatnya, jika kamu ke bumi Palestin, kamu akan nampak yang penjahat sebenar bukanlah orang Yahudi. Tetapi, orang Mesir,"

Aku tergamam.

"Kamu tahu, saya mengambil masa 3 hari untuk sampai ke Malaysia. Semasa saya mula mula hendak melepasi sempadan Gaza, kami menaiki bas. Bas kami, dibedil sebelum kami berjaya tiba ke suku jalan pun. Makanya, kami berpatah balik dan bersembunyi. Ya, bukan orang Yahudi yang menembak kami tetapi orang Mesir. Semasa kami bersembunyi di kem tahanan sebelum hendak melepasi sempadan, askar Mesir datang ke kem dan memasukkan air ke dalam kem kami. Agar di dalam kem itu banjir dan kami terpaksa keluar. Supaya senang untuk ditembak oleh mereka. I tell you man, orang Mesir adalah penjahat sebenar,"

3 hari? Fuh.

“Betul ke apa yang kamu ceritakan ni Abdou? Sebab demi Tuhan, selama ni kami semua di Malaysia dimomokkan dengan orang Israel yang jahat. Mereka yang banyak memberikan kehancuran dan kesusahan kepada kamu, orang Palestin. Bukannya orang lain,” ujar aku. Cuba memberikan sedikit perisa di dalam perbualan yang semakin lama, semakin menarik ini.

“Ya, benar. Memang benar. Ada juga orang Israel yang jahat. Menindas, dan menghancurkan. Pantang ada peluang, akan menembak mana-mana warga Palestin yang mereka jumpa, ataupun melintas di depan mata. Namun, itu semua adalah kejahatan yang nyata. Tidak perlu diselindungkan lagi. Tambahan lagi, yang benar benar jahat pun bukannya orang Israel secara keseluruhan. Tetapi, Zionis!”

Cawan sirap yang ada di atas meja, aku capai. Haus sebentar tekak tatkala mendengar topik yang diceritakan oleh Abdou. Adakah bermakna selama ini, kita tidak betul dalam mengarahkan kemarahan dan kebencian kita?

“Makanya, penjahat sebenar di bumi Palestin adalah orang Mesir? Begitu?”

Abdou memandang kami. Kemudian, dia mengangguk kepalanya.

“Ya. Kerana jika Zionis, mereka memang jahat. Namun tidak berselindung. Tetapi Mesir, kebanyakan mereka bersembunyi di sebalik nama Islam!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience