"Where are you from?" tanya aku pada lelaki Eropah itu tadi. Kami semua memang sepakat kata dia dari Perancis.
"I'm from Palestin," ujarnya, yang selepas tu aku dapat tau yang nama dia Abdou.
Serentak ada eye contact antara aku, Rizal, dan Hadib. Dengan dialog dalam hati "Weh, orang Palestin la lahanat. Orang Palestin mana ada gay. Kau semua bodoh!"
(Segala perbualan yang berlaku selepas ini adalah dalam bahasa Inggeris)
"Oh, dari Palestin?" ujar aku.
"Ya. Kenapa?"
"Haha, kami mati mati ingatkan kamu dari Perancis. Sebab bila kamu bercakap bahasa inggeris, ada slang perancis," ujar Rizal bersahaja.
Serentak itu, air muka Abdou berubah (ya, namanya Abdou). Aku kaget jugak. Apa yang Rizal dah salah cakap?
"Between us, i hate France so much," ujar Abdou kemudian.
Aku lupa. Paris Attack. Orang Islam dihentam betul teruk waktu ni.
Dan kemudian kami berbual serba sedikit tentang betapa tidak masuk akalnya manusia manusia dari Eropah yang dengan cukup mudah meletakkan label terrorist pada perbuatan segelintir kecil orang "Islam". Sedangkan, kalau "orang mereka" yang buat kerja gila seperti menceroboh ke negara orang, membekalkan senjata, ataupun menembak manusia secara membabi buta atas faktor warna kulit, ianya akan dijatuhkan atas kesalahan individu tanpa melibatkan agama atau bangsa pun.
"Kamu semua takkan percaya, betapa sukarnya saya hendak datang ke Malaysia," Abdou mencapai gelasnya dan meneguk sedikit air. Gayanya mahu bercerita dengan lebih teliti dan panjang. Aku mula pasang telinga.
"Oh, kenapa pula susah?" tanya Hadib.
"Saya betul betul baru keluar dari sempadan Gaza," jawab Abdou.
Kami bertiga buat eye contact kami lagi.
Share this novel