Bab 5

Other Completed 1586

Aku menganggukkan kepala dan bertindak mengikut arahan. Yang lain-lain juga kelihatan menanti dengan penuh debar soalan jenis apakah yang bakal dilontarkan oleh lelaki itu. Jika aku sedang membuat presentation di luar dewan, aku syak mesti sekarang aku sedang didatangi oleh awan hitam yang amat gelap. Awan itu juga ditemani beberapa bunyi guruh dan petir yang menakutkan.

“Encik boleh lihat. Statistik kemalangan secara keseluruhan amat tinggi. Hampir mencecah 6 ribu. Saya percaya bahawa statistik ini tidak termasuk dengan kemalangan di tapak bina MRT. Jika ada, berapa ya?”

“Err, menurut CIDB, statistik ini termasuklah kepada kemalangan di MRT. Lebih kurang dalam 6 hingga 7 kes berlaku sepanjang tahun 2014 sehingga 2015.”

“Hm! Tidak sampai 10% pun. Pada pendapat encik sebagai seorang pengkaji, adakah kajian ini bersesuaian dan relevan untuk dilakukan?”

Nampak gayanya, peluru yang ditembak lelaki itu memang ditujukan ke kepala. Jika aku tidak cuba mengelak ataupun menepisnya dengan bijak, nescaya kajian aku ini akan dilihat enteng. Kajian-kajian yang nampak enteng, ia membawa kepada maksud kajian yang tidak berimpak tinggi. Sekaligus akan menyukarkan aku untuk menghabiskan kajian ini dengan sempurna. Aku sudah pun menghabiskan masa selama setahun semata hendak membuat analisis serta mendapatkan tajuk yang sesuai. Jika aku perlu lakukan semula semua itu, agak membazir masa. Tidak boleh jadi. Aku perlu lakukan sesuatu. Dan sesuatu itu, aku perlu lakukannya sekarang!

“Jika dilihat dari segi statistik, memang benar. Peratusannya lansung tidak mencecah 10 % pun. Namun melalui temubual saya dengan wakil dari CIDB, pembinaan MRT ini mempromosikan “Zero Accident”. Yang membawa maksud, tidak akan berlaku kemalangan di tapak bina. Ianya hasil daripada langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab. Termasuklah dari pihak Kerajaan sendiri. Ini bukan sekadar kempen. Namun perlaksanaan keselamatan yang lebih menyeluruh dan teliti. Namun, kemalangan masih lagi berlaku. Itu yang menjadi tanda tanyanya.” Ujar aku panjang lebar.

“Heh, kemalangan mana boleh di elakkan 100%. Takdir Tuhan, siapa boleh elak?

Baiklah, ini betul punya cari gaduh. Aku perlu serious dalam membuat kerja-kerja menjawab.

Jika tidak, aku hancur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience