Bab 4

Other Completed 1586

Aku akhiri presentation aku dengan sesi soal jawab. Benda ini wajib dilaksanakan. Mana tau kalau-kalau ada yang ingin bertanya. Walaupun daripada pukul 8 malam semalam aku sudah berdoa kepada Tuhan agar tidak ada siapa-siapa pun yang sudi bertanya aku sebarang soalan. Terutamanya yang berbentuk rumit.

Sayangnya hari ini, Tuhan tidak mahu memakbulkan doa aku.

Pengacara majlis mempersilakan seorang lelaki yang mengangkat tangan itu mengemukan soalannya kepada aku.

(Segala perbualan yang berlaku selepas ini adalah dalam bahasa inggeris.)

“Mengapa fokus diberikan pada MRT dan bukannya pembinaan secara menyeluruh?” tanya dengan nada suara yang agak serius.

Aku mula menyelak kertas ucapan dan slide kepada bahagian yang relevan.

“Err…terima kasih encik. Kenapa saya memilih MRT? Errr, kerana MRT merupakan sebuah projek pembinaan yang amat besar. Sekaligus menelan belanja yang agak tinggi. Jika kemalangan sering berlaku, tidak mustahil kos pembinaan akan meningkat. Sekaligus, akan memberikan kesan kepada ekonomi negara. Kerana, negara kita terpaksa pula menampung kos tambahan yang tidak perlu.”

Lelaki itu menganggukkan kepala. Namun wajahnya jelas masih lagi tidak berpuas hati.

“Boleh tak encik kembali ke bahagian slide yang menunjukkan statistik?” ujarnya.

Aku sudah mula berdebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience