"I like the way you present," ujar lelaki Eropah pada aku tatkala sampai ke meja makan kami. Ya, dia nampak aku dari jauh dan segera ke meja aku. Bila sudah dekat ni, baru aku perasan yang bahasa inggerisnya ada loghat Perancis sikit.
"Haha, i was nervous actually on stage. You sure you like my presentation, or only my way of doing slide?" tanya aku bersungguh. Kerana jujur aku cakap, tadi aku present dengan cara memegang skrip. Dengan gagap lagi. Tapi, aku cukup yakin dengan slide presentation yang aku hasilkan. Tahapnya, setaraf dengan tahap Steve Jobs semasa pelancaran iPhone! Kemas, rapi, dan kelihatan profesional.
"Both. Hahaha, seriously i love both of them," ujar lelaki Eropah itu sambil bergerak ke ruang buffet untuk ambil makanan. Beg diletakkan di kerusi meja makan kami. Maknanya nak duduk sekali la tu.
"Hahaha, Hafiz ni kejap lagi merasa la bercinta dengan lelaki Perancis," ujar Rizal berbisik namun cukup kuat untuk aku dan Hadib dengar. Ini semua akibat daripada sejarah hidup aku yang agak mengecewakan. Tidak, tidak. Aku tidak pernah berminat hendak bercinta dengan lelaki. Tetapi, agak ramai juga lelaki yang sangat berminat hendak bercinta dengan aku. Suatu hakikat hidup yang aku lansung tidak gembira mahupun bangga.
"Eh tapi serius beb. Orang perancis ni banyak gay tau. Kau jaga-jaga sikit," sambung Hadib sambil gelak.
"Pergi mati!" herdik aku dengan rasa amarah.
Share this novel