Bab 1

Other Completed 1586

"Jauh lagi ke?" tanya Rizal di sebelah.

"Jauh lagi," jawab aku dengan mata kuyu. Melayan mengantuk dan penat. Kemudian, aku tumpukan semula kepada kerja-kerja memegang stering. Kereta di hadapan berganjak sedikit dalam 10 sentimeter dan berhenti. Aku menurunkan brek tangan, menekan clutch, memasukkan gear satu dan melepaskan clutch sedikit demi sedikit dan menekan brek semula. Kemudian, clutch aku pijak habis. Gear ke posisi Neutral dan brek tangan ditarik.

Aku ulang kerja ni setiap 5 minit dari pukul 8 pagi sampailah sekarang, ke pukul 9 pagi. Sejam. Kesesakan di Tol Damansara-Puchong ni memang betul punya neraka dunia.

Aku mengeluh untuk kali yang ke dua belas. Aku bukan saja mengeluh pada kesesakan yang sedang aku hadap, malah aku turut mengeluh kerana mengenangkan nasib diri sendiri. Bila difikirkan secara mendalam, aku sedar yang disiplin diri aku dah terlalu teruk. Sangat teruk.

Kau bayangkan, aku ada presentation di Universiti Malaya (UM) pukul 11.30 nanti. Dan, aku perlu mendaftarkan diri pukul 7.30 pagi. Jadinya, aku dan Rizal (Rizal menumpang tidur rumah aku. Dia dari Johor) merancang nak celik mata pukul 6.30 pagi. Solat Subuh, mandi dan gerak pada pukul 7. Aku jangka kami akan sampai ke stesen LRT Universiti pada pukul 7.30 pagi, ambil sorang lagi sahabat (Hadib) yang turut present, masuk pintu pagar UM dan dengan penuh bergaya, mendaftarkan diri sebagai seorang presenter.

Tapi tadi, aku celik mata saja dah pukul 7.30 pagi.

Dalam pada itu pun, aku masih lagi boleh gelak gelak dan rasa sangat tidak gelabah untuk bersiap. Kami masih lagi boleh duduk, bertenang, dan makan sarapan sambil kunyah 40 kali. Perasaan nak bergegas tu lansung tidak ada. Kau boleh bayangkan tak disiplin aku tu dah teruk dekat tahap mana?

"Jauh lagi ke?" tanya Rizal sekali lagi pada aku. Aku nampak dia keluarkan iPhone dan mula main Candy Crush.

"Jauh lagi," jawab aku dan aku keluarkan Note 4 aku untuk buka aplikasi Twitter.

Ya, ini adalah tabiat buruk yang perlu dielakkan tatkala memandu kereta.

*******

Jam pukul 9.30 pagi.

"Jauh lagi?" tanya Rizal buat kali yang ke berapa belas.

"Jauh lagi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience