Aku tiba di stesen Universiti pada jam 10. Dari jauh, aku sudah nampak yang Hadib sedang berlari menuju ke kereta. Kereta wira aku yang berkarat teruk di atas bumbung ni, memang mustahil untuk orang yang rapat dengan aku tidak cam. Hadib masuk ke dalam kereta melalui pintu belakang.
"Sorry lambat," ujar aku.
"Jammed ke tadi?" tanya Hadib.
"Jammed bapak," ujar Rizal bersungguh. Orang Johor kan. Nak jumpa jammed tu, macam nak jumpa duit seratus atas jalan. Punya payah. Atas sebab itu rasanya projek LRT yang aku dengar nak dibuat di Johor sejak dari 4 tahun lepas asyik bertangguh-tangguh. Jalan pun tidak berapa sesak, untuk apa ada LRT?
"Heh, aku tak kisah pun sebenarnya kalau kau lambat. Lagi lambat lagi ok. Tak payah present. Aku dah la tak ready apa. Hahaha," ujar Hadib lepas tu.
"Nakharam, takkan sebab lambat sikit terus malas nak present."
"Tak, sekarang ni cuba bayangkan. Kita datang, dah lewat dah. Tak boleh daftar. Orang yang uruskan hal pendaftaran semua dah balik rumah. Tak pun, dah ke café sambil makan karipap. Tak mungkin kau nak paksa diorang datang balik, buka semula meja, semata nak daftarkan kita. Itu dah menyebabkan kita tergolong dalam kumpulan manusia-manusia yang tidak berperikemanusiaan. Maka, terpaksalah kita semua melepak dekat Mid Valley. Tak pun Times Square sambil borak borak. Aku rasa, itu lebih effective. Mana tau, boleh juga kita bualkan pasal research kita," terang Hadib panjang lebar.
Aku dah tahu sangat bahagian yang kata “…bualkan pasal research kita” tu bohong. Sepanjang setahun kami berkawan, amat jarang kami bualkan tentang hal hal pelajaran. Walaupun begitu, aku ni sikit saja lagi nak masuk simpang kanan. Nak menuju ke arah Mid Valley.
Hampir terpengaruh.
Syukur, Allah masih lagi mahu aku menimba ilmu hari ini.
Share this novel