“Tidak menurut kajian Literatur saya. Ada pelbagai faktor yang mampu mempengaruhi tahap keselamatan di tapak bina. Jika faktor-faktor ini tidak diteliti, saya percaya bahawa jumlah kemalangan yang berlaku akan meningkat secara mendadak!
”Benar! Tapi, itu untuk keseluruhan di tapak bina. Untuk MRT, peratusannya amat sedikit. 6 kes. Saya agak ada berapa kematian? Satu? Dua?”
“Lima kematian!”
Lelaki itu memandang aku dengan sinis.
“Baiklah. Lima. Bagi saya, dari awak nak kaji tentang mengapa lima orang ini boleh mati kerana kemalangan di MRT, lebih baik awak fokus kepada ribuan yang mati kerana kemalangan di kerja pembinaan yang biasa.”
Nada yang digunakan oleh lelaki itu, boleh aku sifatkan agak menyindir.
Tiba-tiba, lelaki Eropah itu mengangkat tangannya. Berusaha ingin menarik perhatian pengacara majlis.
“Ya, encik. Ada soalan tambahan ke?” tanya si Pengacara majlis.
Lelaki Eropah itu mengangguk kepala lantas berdiri. Mencapai mic.
“Saya cuma nak komen tentang kata kata lelaki tadi. Memang benar. Kemalangan di MRT cuma sedikit. 5 orang sahaja. Namun, 5 orang yang telah mati itu tetap juga manusia. Tetap juga bernyawa. Selagi kita mampu melakukan sesuatu, tidak kira dalam bentuk kajian ataupun perlaksanaan dalam hendak menghindarkan 5 orang ini bertambah kepada 10 orang, bagi saya kita perlu laksanakan. Tidak ada nyawa di dalam dunia ini yang tidak begitu penting. Semuanya sama dan berhak mendapat perhatian yang serupa. Terima kasih.” Ujar lelaki Eropah itu panjang lebar. Selesai, dia memberikan semula mic kepada pembantu pengacara dan duduk. Kemudian, dia memandang aku dengan tersenyum sambil menunjukkan ibu jari tanda bagus.
Suasana di dalam bilik berubah.
Dari ketegangan kerana soalan yang membunuh, ke sebuah jawapan yang membina.
Aku lega.
Share this novel