Bab 7

Other Completed 1586

Waktu makan adalah antara waktu yang paling aku tunggu setiap kali pergi ke mana-mana majlis. Siapa saja yang tidak suka makan, lagi lagi kalau yang percuma? Lantaklah kau bangsa apa pun, melayu, cina, india, lain lain, kalau ada makan percuma yang betul betul percuma, bohonglah kalau kau kata kau tak tersenyum.

Di dewan makan tu, ada lebih kurang lapan meja bulat. Berlapik kain putih, kelihatan amat formal. Hidangan adalah buffet. Fuh perut aku sekarang dia punya menjerit ‘Yes!’ ni, yang sebelah aku ni pun boleh dengar aku rasa. Aku dan Rizal adalah orang yang pertama tiba ke ruang buffet. Hadib masih lagi agak jauh sebab berbual dengan orang yang bertanyakan dia soalan tatkala dia present tadi. Kajian Hadib agak kritikal dan diminati. Lantas ada beberapa soalan membina yang diterimanya namun memerlukan perbualan yang agak panjang.

"Biarlah dia. Dia kan nak jadi lecturer. Kenalah bina networking," ujar Rizal sambil capai pinggan.

Hal hal makan ni, memang kami cukup buas.

Fuh, nasi tomato, daging masak kari, ayam masak merah, benda yang aku tau tak sedap jadi aku takkan ambik, benda yang aku tak tahu nama tapi nampak menyelerakan, papadom. Nikmat Tuhan yang mana kamu mahu dustakan?

Selesai mengambil segala jenis makanan yang nafsu kami pinta, kami berjalan menuju ke salah satu meja yang ada di situ. Sambil itu, mata aku melilau mencari kalau kalau ada tempat hendak membasuh tangan yang agak berhampiran. Gagal. Masalahnya sekarang aku sudah duduk. Dan hendak bangun semula semata-semata hendak mencari singki membasuh tangan dilihat sebagai sebuah kerja yang agak membazir masa.

"Tangan? Nak basuh dekat mana?" tanya aku pada Rizal.

"Ha apa dia?" ujar Rizal sambil menyapu-nyapu tangan dan hujung jari kanannya pada gelas sirapnya yang sejuk.

“Pemalas,” ujar aku di dalam hati sambil buat benda yang serupa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience