BAB 10

Romance Completed 16878

“Aku tak tau… Tapi aku tak boleh lupakan dia… Aku asyik teringat waktu amik gambar je… Teringat balik macam mana dia ketawakan aku… Tapi aku tengok, dia jarang senyum dah sekarang. Asyik marah je.”

“Dia datang bulan kot?”

Seloroh Hazim. Mereka ketawa.

“Memandai je buat konklusi sendiri.”

Aizudeen tersenyum.

“Fa… Janganlah muram macam ni…”

Tegur Zarya.

“Dah tu? Takkan nak gelak tanpa sebarang alasan. Kang kau kata aku gila pulak…”

“Alah… Bukanlah macam tu maksud aku… Cuma aku tengok kau tak ceria je… Dahlah… Tak payah fikirkan pasal Sharif lagi. Kau jangan lupakan dia dan jangan teringatkan dia… Kau faham kan maksud aku?”

Aku hanya mengangguk.

Tanpa sedar air mataku menitis membasahi pipiku. Aku tidak dapat menahan tangisanku lagi. Aku hanya menundukkan wajahku. Setitis demi setitis gugur. Aku mengesat air mata. Zarya mengusap belakangku. Dia menghulurkan tisu.

Aku menyambutnya. Aku mendongak. Memandang wajahnya. Tetapi bukan Zarya yang menghulurkan tisu itu. Aizudeen! Aku memalingkan wajahku. Zarya bangun dan bercakap sepatah dua dengan Aizudeen yang kutidak pasti butir bicara mereka. Kemudian dia pergi meninggalkan aku dengan Aizudeen. Hanya berdua.

“Menangislah puas-puas. Sampai kau rasa lega. Lepas tu baru kau luahkan melalui kata-kata. Kalau tak mampu, luahkan dengan tulisan.”

Katanya.

“Nak tisu lagi?”

Aku hanya mengangguk. Mungkin anggukan itu melucukannya. Dia ketawa kecil dan menghulurkan tisu.

“Terima kasih.”

“Kasih diterima. Pintu hati ni sentiasa terbuka untuk insan istimewa bernama Nurul Farah Azizudin.”

Aku terpempang dengan bicaranya. Terasa keluhuran disebalik kata-katanya. Aku hanya menundukkan wajahku. Terlupa sudah setiap perkara yang menyakitkan hatiku setiap kali berjumpanya. Terlupa sudah semua pertengkaran yang pernah terjadi antara kami berdua.

Aku bangun mahu ke kelasku semula. Dia turut bangun.

“Tak nak nangis sampai puas?”

“Tak nak. Nanti kau ejek aku.”

Dia ketawa. Ha ha. Aku ketawa sebutir-sebutir. Kelakarlah sangat. Aku membuat muka bosan.

“Ok, ok… Sorry… Nah, aku beli tisu memang untuk kau pun. Amik je lah. Manalah tau nanti banjir datang balik.”

“Aku tak perlu budi kau.”

“Yalah tu tak perlu. Hari tu kalau aku tak ada, mesti tak ada sesiapa nak tolong angkatkan kau yang berat nak mampus tu.”

Aku malas hendak melayannya. Aku terus ke kelasku tanpa menyambut huluran tisunya.

Aizudeen hanya memandangnya berlalu. Dia mengeluh. Keras hati perempuan ni. Dia langsung tak layan aku! Dia layan macam tak ikhlas. Dulu dia senang didekati tapi sekarang… apa jadi kat dia sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience