BAB 12

Romance Completed 16878

“Farah!! Farah!”

“Farah!! Ooo Farah!”

“Apa bising-bising ni??!”

Marahku. Mana tidaknya? Orang tengah sedap tidur ada sahaja yang mengganggu. Ingin saja aku sambung memarahi abangku tetapi perbuatanku tidak terlaksana sebaik sahaja melihat kehadiran Aizudeen di sebelah Naim.

Kakiku tiba-tiba kaku lalu aku tersedar dan cepat-cepat naik ke bilik. Argh!! Jeritku di dalam hati. Malu gila! Dah lah seluar pendek, baju sleeveless, rambut kusut-masai. Malunya! Nak turun balik ke tak ni?

“Ehem…”

Dehem Naim apabila Aizudeen tidak melepaskan peluang melihat Farah yang agak seksi petang itu.

“Dia cute lah…”

Kata Aizudeen cuba melindungi keterlanjuran pandangannya. Naim hanya menyikunya.

“Aku sengaja panggil dia. Biar kau tengok. Tapi sikit je… Aku nak tengok reaksi kau…”

Aizudeen menelan liurnya. Bahaya jugak abang dia ni. Nampak je macam friendly and ramah tapi… macam-macam test dia bagi aku lah!

“Apa panggil-panggil Farah? Sampai nak runtuh langit kat atas tu?”

“Alah Farah ni… Suka betul marah abang. Manalah abang tau Farah tengah sedap tidur. Seksi pulak tu.”

Usik Naim.

“Eee… Abang ni!”

Geramnya tak terkata waktu itu. Aku mengambil bantal kecil di sofa lalu melemparkannya pada Naim tetapi sayangnya terkena Aizudeen pula memandangkan Naim mengelak. Naim ketawa sepuasnya.

“Hahaha… Wek! Tak kena!”

Ejek Naim.

Aku meluru ke arahnya dan memukulnya. Bergelut kami sementara waktu. Aizudeen tersenyum dan memerhati. Rapat betul dua beradik ni. Tapi bukan ke dorang ni adik beradik angkat je? Rapat ni lain macam punya rapat ni?

“Hei! Dah lah tu! Haha… Ok, ok… Abang mengalah… Dahlah, kau ni tak tau malu betul.”

“Farah peduli apa dengan manusia biadap tu?”

“Assalamualaikum…”

“Walaikumsalam…”

Jawab Farah dan Naim serentak.

“Tak tahu pulak papa kita ada tetamu?”

“Haah, ni ha… Pakwe baru Farah… Kenalkan Aizudeen. Ini papa kita orang…”

Kata Naim dengan selambanya. Aizudeen resah sendiri. Kenapa dia cakap macam tu??

“Abang?!”

Marahku lagi.

Entah berapa kali aku menejrit menyebut namanya. Sakit tekakku, hilang suaraku. En Azizudin tersenyum.

“Wah, lebih kurang samalah nama kita ya? Form berapa ni?”

“Form 5, uncle…”

“Oh… Betul ke pakwe Farah? Sebenarnya uncle tak kisah sangat. Tapi asalkan pelajaran korang tak terganggu malah semakin baik. Itu yang penting. Kalau pelajaran tak terganggu, korang nak berdating 24 jam pun uncle tak kisah.”

Kata En Azizudin. Dia tersenyum manis kepada Aizudeen. Rahangku bagaikan hendak jatuh. Terlopong, tidak percaya dengan kata-kata papaku.

“Papa… Kita orang bukan seperti yang papa fikirkan…”

“InsyaAllah… Saya buat yang terbaik, uncle.”

Kata Aizudeen. Lagilah aku bengang!

“Dialah yang tolong angkatkan Farah masa Farah pengsan hari tu, papa… Gentleman habis…”

Cerita Naim. Aku menepuk dahi. Aku lihat papa sudah tersenyum penuh makna ke arahku. Nampaknya aku tidak punya pilihan lain. Argh!! Aku hanya mendiamkan diri.

Papa, Abang Naim dan Aizudeen berborak sehingga jam menunjukkan pukul 7. Aizudeen meminta diri untuk pulang. Tetapi papa pula mengajaknya makan malam sekali. Hari ini merupakan hari paling malang buatku. Dan dia bersetuju! Dia menelefon rumah dan mengatakan bahawa dia pulang lewat.

Mama pulang sahaja ke rumah, terus menyediakan hidangan buat kami berlima. Ya, berlima. Bukan lagi berempat seperti biasa.

“Ha, abang pulak, bila nak bawa balik menantu papa? Patutnya papa dapat dari cik abang dulu. Awak tu dah nak habis belajar. Tak lama lagi dah kerja kahwin je terus. Farah tak apa jugak, muda lagi.”

“Nanti abang bawa jumpa papa.”

Katanya.

Sekali lagi mahu sahaja aku meletup.

“Apasal Farah tak tau abang ada makwe?!”

“Sebab Farah tak pernah tanya.”

Huh! Ringkasnya jawapan?! Benci betul! Tak adil… Aizudeen tersenyum sahaja dari tadi. Menyampah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience