BAB 5

Romance Completed 16878

Kring!!

“Terima kasih, cikgu.”

Aku turun ke foyer sekolah mencari kelibat Zarya. Airina sudah tentulah sibuk bertugas. Dia kan pengawas. Aiqeel pula mestilah dengan geng dia. Takkan nak lepak dengan budak perempuan. Suria pula dari pagi tak masuk kelas, sibuk dengan sesi photografi Form 2 sampai sanggup tak masuk kelas Akaun. Lantak dia lah. Masalah dia.

Sepatutnya selesai kelas Akaun, aku seharusnya turun menyertai ahli redaksi yang lain tetapi apabila terkenangkan peristiwa Suria yang menolakku dan mengambil alih segala kerjaku, aku membatalkan hasratku. Baik jangan rosakkan mood sendiri. Tak payah turun pun tak apalah…

Di foyer aku tidak nampak kelibat Zarya mahupun Suria. Aku ke berjalan menuju kantin. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Bau minyak wangi yang dipakainya menusuk ke dalam hidungku. Aku memandang empunya badan.

“Ha, dah buta dah?”

Marahnya. Aku hanya diam.

“Bisu pulak? Patut pun kau bisu. Hari tu bukan main sedap lagi kau mengutuk aku kan? Tengok sekarang. Siapa lagi tinggi?”

Sengaja Aizudeen ingin membalas dendam. Anak matanya merenung tepat ke arahku. Aku menahan geram.

“Haah, mengutuk memang best. Lebih-lebih lagi dengan manusia yang tak reti ikut arahan!”

Aku memulangkan paku buah keras kepadanya.

“Aku tak pendek lah! Hish… Tensionnya aku!!”

Katanya geram. Dia mula mengusutkan rambutnya. Aku ketawa di dalam hati. Kelakarlah pulak.

“Apa senyum-senyum? Aku sumpah kau kang bisu terus.”

Ugutnya.

“Ingat aku heran ke? Sumpah kau tu tak menjadi. Sebab kau bukan antara orang yang terpilih.”

“Eleh, mana kau tau aku ni orang yang terpilih atau tak?”

“Tengok muka serabai kau pun dah tau… Hitam!”

“Oi! Sesedap mak datuk nenek moyang kau mengata aku depan-depan ea? Eh, gemuk! Cakap baik-baik sikit.”

“Hei! Mana ada aku gemuk? Tolong sikit. Aku punye slim kau kata gemuk!”

“Yalah, pakwe kau je yang kata kau kurus sebab cinta tu buta! Ada faham?”

“Whatever!”

Aku terus meninggalkannya dengan rasa sakit hati. Dia memandang ke belakang. Memandangnya tidak puas hati. Dia memandangku kosong. Macam ada benda lain yang tersirat.

“Amboi… Bergaduh sakan nampak? Orang kata kalau selalu gaduh nanti jatuh cinta tau…”

Tegur Zarya.

“Amboi… Dalam senyap ek Farah… Kau ni, tak sudah-sudah. Kapel je keje kau. Dulu kata tak nak kapel dah? Dah serik lah kononnya. Sekarang? Apa? Mana kata-kata kau dulu tu?”

Suria memberi pandangan mengejek. Aku bengang.

“Hei! Kau jangan nak buat cerita and jangan nak kecoh-kecoh. Aku tak kapel dengan dia. Aku gaduh dengan dia. Itu kapel ke? Kau buta ke apa? Aku baru kenal mamat tak guna yang sangat menyakitkan hati tu kau kata aku kapel dengan dia! Tolong sikit! Hish! Kenapalah hati kau ni buta sangat? Nak nilai sesuatu benda pun tak reti ke?!”

Aku terus meninggalkan mereka dengan perasaan sebal. Aku hairan. Kenapa hari ni semua orang nak rosakkan mood aku? Apakah ini kesan dari Shahif? Sejak aku dan dia terpaksa berpisah, aku selalu marah-marah dan tidak dapat mengawal perasaan.

Aku tahu Shahif berbohong. Tak mungkin dia hanya mahu memutuskan hubungan hanya kerana dia mahu sambung belajar ke luar negara. Tak mungkin SPM tak seberapa nak sambung belajar. Macam menipu pun ada. Tapi itu semua tak mustahil kalau dia anak orang berada. Kini aku terpaksa belajar melupakannya.

“Ops… Sorry, sorry…”

Fikiran aku yang bercelaru menyebabkan aku sakit kepala terus melanggar orang dalam keadaan yang sesak itu. Kenapa bersesak pulak ni? Ada orang gaduh ke?

“Kau ni apasal? Asyik nak langgar…”

Kata-katanya mati apabila aku tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Aku terasa seperti dipegang seseorang pada kedua lenganku dan aku tidak lagi kisahkan dunia sekeliling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience