BAB 13

Romance Completed 16878

“Woi! Aku cakap dengan kau lah!”

Jeritku.

Api kemarahanku tidak tertahan lagi. Aku mara ke hadapan dan melempang pelajar itu. Pang! Merah pipinya, berbirat. Zarya menahanku dari terus-terusan menyerang pelajar itu. Aku terlalu marah dan air mataku mengalir.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa dia mesti tinggalkan aku?”

“Fa, rileks lah… Bawa bertenang…”

“Apasal ni?! Kenapa awak lempang pelajar ni?”

Marah Pn Julina lalu aku ditampar keras oleh Pn Julina. Pedih sekali. Aku dibawa ke pejabat.

Aizudeen tidak jadi pulang ke kelas setelah nampak Farah menampar seorang pelajar Tingkatan 1 dan ditampar semula oleh Pn Julina dari koridor tandas lelaki. Dia lekas turun mendapatkan Farah.

“Fa… Sorry… Aku tak dapat tolong kau…”

“Sharif… Aku sayang dia sangat-sangat… Budak tu kurang ajar sangat! Aku benci Sharif, tak… Aku benci budak tu! Aku rindu Sharif…”

Aku tak tahu apa yang diucapkan olehku ketika itu.

“Fa, kau keliru ni… Fikiran kau berkecamuk…”

“Sudah! Tak payah buat-buat keliru ke apa?! Yang pasti, kamu saya keluarkan dari sidang redaksi!”

Tegas Pn Julina. Aku hanya menundukkan wajahku. Menangis, menangis, dan menangis semahunya.

“Zarya… Apa dah jadi? Kenapa?”

“Dia tension sangat. Aku rasa dia macam dah tak waras. Dia terlalu fikirkan Sharif sampai terbawak-bawak…”

“Farah… Rileks lah… Farah, kau janganlah ingatkan lagi dia… Dia dah tinggalkan kau. Dia dah berlaku kejam pada kau. Takkan kau masih nak fikirkan dia sedangkan dia langsung tak terfikirkan kau? Aku kan ada? Aku akan sentiasa ada di sisi kau… Anytime when you need me, sayang…”

Aizudeen berkata perlahan. Dia berada di hadapanku seakan melutut padaku yang sedang menangis menekup wajahku.

“Sumpah, demi Allah, aku sayang dia…”

Ucapku.

Aizudeen diam. Perit, pedih dan terluka. Sakit hatinya mendengar ucapan ringkas itu tetapi dia harusnya sedar, kesabaran adalah segala-galanya untuk memikat hati seorang perempuan. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan Farah.

“Terima kasih, sebab sentiasa ada di sisi aku bila aku perlukan kau. Please… Jangan pergi. Temankan aku sentiasa?”

Aku memandang tepat ke anak mata Aizudeen. Dia tersenyum dan menghulurkan tisu.

Ah, tisu hari tu! Tak sudah-sudah dengan tisu tu. Tetapi huluran Aizudeen disambutnya juga.

“Apa maksudnya kata-kata tu, Farah?”

Tanyanya menginginkan kepastian.

“Nurul Farah binti Azizudin! Memang cari pasal ya? Masuk bilik saya sekarang!”

Arah Pn Pengetua.

Aku bangun dan meninggalkan Aizudeen yang penuh dengan tanda tanya.

“First sekali awak menampar pelajar yang tak sepatutnya awak tampar. Kedua, awak tak ada hak untuk tampar pelajar tu. Ketiga, boleh pulak awak berasmara dengan teman lelaki awak di depan mata saya ya! Awak nak ke saya gantung persekolahan awak??!”

“Itu tak adil. Saya bukannya berdating dan buat perkara tak senonoh! Saya hanya menampar pelajar biadap tu! Bukannya memeras ugut dia. Saya ada hak menampar dia, kerana dia jugak mengejek nama mak ayah saya! Puan tak rasa apa yang saya rasa! Dah lah saya dalam keadaan tertekan. Saya tak teringin pun nak terlibat dengan sidang redaksi tetapi disebabkan kawan-kawan saya, saya masuk juga! Dan cikgu meletakkan harapan pada saya supaya tak keluar dari sidang redaksi. Ini semua bukan salah saya!!”

Air mata mencurah-curah. Tisu yang diberikan Aizudeen memang sangat berguna pada saat itu tetapi aku hanya membiarkan air mata membasahi pipiku.

Puan Pengetua hanya diam tidak berkata. Dia kembali duduk dan sibuk menulis sesuatu. Aku begitu kecewa dengan sikapnya yang langsung tidak ambil peduli tentang perasaanku.

“Awak ambil notis ni, dan jika ibu bapa pelajar tu mengambil tindakan atau menyaman pihak sekolah, awak yang bertanggungjawab dan tandatangan surat perjanjian ni! Cepat!”

Sungguh tidak dipercayai! Pengetua memaksaku menandatangani surat perjanjian semata-mata kerana tidak mahu terlibat dengan perkara ini. Bukankah sepatutnya dia bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini dengan bijaksana? Bukannya dengan perjanjian seperti ini. Sungguh aku tidak menyangka begini teruknya sikap pengetua sekolahku. Mahu tak mahu aku menandatangani surat perjanjian kerana tidak mahu digantung sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience