BAB 2

Romance Completed 16879

“Aku tak boleh lupa lah pasal mamat pendek tu. Hahaha… Kelakar betul muka dia masa tu. Adoi…”

Zarya tersenyum.

“Aizudeen ye? Haha… Dia tu hensem jugak kan?”

Kata Zarya.

Aku dapat mengagak sesuatu. Dia seakan mahu memancingku. Tetapi aku hanya buat tidak endah.

“Ha, apa cerita pakwe kau tu?”

“Hm… Biasa je… Tapi semalam aku dapat borak dengan abang saudara dia. Lama pulak tak borak dengan abang dia tu. Kali ni cara dia cakap dah lain. Kali ni dia tak cakap benda-benda tak senonoh tapi dia cakap pasal isteri dia. Agung betul isteri dia tu dalam hati dia. Haish… Dia cakap, isteri dia lah yang paling dia sayang. Buah hati pengarang jantung lah konon… Hurm… Bosan aku dengar.”

Zarya mula membuka cerita. Aku hanya tersenyum.

“Habis Aufin tak marah ke kau rindu kat abang dia?”

“Buat apa nak marah? Abang dia tu dah berbini dah pun. Bini dia pun tak habis pantang lagi.”

“Fa… Tak best lah macam ni…”

Rungut Zarya.

“Apanya yang tak best ni?”

“Yelah… Asyik aku je yang bercerita pasal Aufin…”

“Dah tu? Takkan aku nak cerita pasal Aufin kat kau pulak? Manalah aku tau apa nak cerita. Dia tu pakwe kau, bukan pakwe aku.”

Sengaja aku mengenakannya dengan berlagak dungu dan lurus. Zarya menggaru kepalanya lalu mengetuk kepalaku geram.

“Hei cik kak! Hish! Buat-buat lurus pulak.”

“Aduh… Sakitlah…”

Aku tersenyum sambil mengusap kepalaku. Memang sakit.

“Tak adalah… Asyik kau je yang dengar story aku. Kau pulak dengar je. Tak ada apa-apa nak cerita. Tak best lah macam tu… Aku pun nak kau cerita tentang something jugak… Macam dulu-dulu… Kita berlumba nak cerita pasal Aufin dengan Jas.”
“Hei… Sorry sikit… Sekali lagi diingatkan, Jas bukan pakwe aku! Aku just layan dia macam biasa n dia mintak kapel. Itu je. And sekarang, its over. Aku tak terima dia, dia pun senyap je la… Biasalah tu kalau kena reject. Tak adanya nak stay in contact de… Lelaki. Selalu macam tu. Tak nampak langsung yang dorang tu serius dengan kita.”

“Oh, kiranya kau nak seseorang yang kononnya sanggup buat apa saja untuk memiliki kau lah? Nak kan guy yang sanggup berlutut depan kau? Memanglah susah kalau macam tu. Kau sepatutnya terima apa adanya.”

“Bukanlah sampai macam tu. Maksud aku, seseorang yang berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak. Menanti dengan penuh kesabaran. Kebanyakan yang aku jumpa, kenal sekejap je pastu mintak kapel. Kalau ye pun, tunggulah dalam masa sebulan dua untuk aku kenal dia n fikirkan. And aku memang sengaja reject sebab aku nak tengok apa tindakan dorang selepas tu. Tapi semuanya hampeh. Tak ada seorang pun yang berusaha. Bila aku reject, bagi dorang, itu kata putus aku yang terakhir and dorang pun menyepi and cari perempuan lain sebagai girlfriend. Tak heranlah kalau aku kapel dengan dorang and suatu hari nanti dorang akan curang dengan aku bila dah bosan.”

Aku menyuarakan pendapatku.

“Hm… Yelah yelah… Tapi sampai bila kau nak tunggu? Takkan…”

“Aku masih ada banyak masa lagi, Ria… Kita ni baru je Form 4… No rush…”

Aku memotong percakapannya. Dia hanya mengangguk-angguk.

“Tak pe lah… Its up to you. Tapi aku rasa lain lah… Aku pun nak kau ada someone jugak…”

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.

“Thanks Ria… Tapi aku rasa, aku selesa dengan keadaan macam ni.”

“Hm… Ye lah…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience