BAB 9

Romance Completed 16878

“Assalamualaikum…”

“Walaikumsalam.”

Jawabku perlahan. Tak tahulah kalau dia dengar atau tidak. Yang pasti aku meyakinkannya dengan senyuman yang memang dibuat-buat.

“Haah lah… Memang cun.”

Kata seorang rakannya yang tak pernah kulihat sebelum ini.

Aku memandang abang yang memberi salam padaku tadi. Dia hanya tersenyum padaku. Aku membalasnya acuh tak acuh.

“Sayang! Apasal laju sangat jalan tu?!”

Aku memandang ke belakang lagi sekali. Sempat aku melihat raut wajah abang-abang tadi yang jelas berubah. Dia seakan tidak suka. Aku memandang pada empunya suara tadi. Aizudeen??!! Berani dia!

“Apa sayang-sayang?!”

Marahku.

“Alah… Rileks lah sayang… Tadi abang gurau-gurau je. Takkan itupun nak merajuk… Tak sukalah kalau ayang abang ni merajuk-rajuk…”

Katanya lalu memegang tanganku. Aku pantas menarik tanganku dari genggamannya. Aku bagaikan terkena elektrik sebaik sahaja kulit kasarnya menyentuh jemariku. Aku benar-benar tidak puas hati dengan sikap Aizudeen. Sudah lah aku terlalu menbencinya, sekarang berani betul dia mahu menyentuhku! Pantang betul aku kalau ada lelaki yang menyentuhku walau sedikit pun.

“Sorry.”

Bisik Aizudeen apabila dia sedar aku tidak suka dia memegang tanganku.

“Apa sorry-sorry?! Aku benci kau lah! Eee!! Macam manalah abang aku tu nilai kau ek?”

Dia tersenyum. Aku sakit hati melihat senyumannya. Terasa seperti sebuah senyuman mengejek untukku. Aku sudah tidak mempedulikan abang-abang yang berada di bawah pokok menjual air kelapa itu lagi.

“Hm… Maybe sebab muka aku berseri-seri. Biasalah… Orang terpilih kan…? Aku rasa kau dah terkena sumpahan aku lah…”

“Argh! Pergilah kau jauh-jauh dari aku!”

“Yup, jauh di mata dekat di hati. Ok, bye sayang…”

Bisiknya.

Aku terdiam. Dia terus berpatah balik dan berjalan menuju ke rumahnya. Aku menghentikan langkah kakiku dan memandang Aizudeen yang berjalan tanpa memandang belakang.

Aizudeen… Apa maksudnya? Jauh di mata dekat di hati? Aku tiba-tiba rasa berdebar. Aku kembali melangkah pulang ke rumah.

Di rumah aku menceritakan segala yang berlaku pada Abang Naimku. Dia mendengar dan senyap sahaja. Selebihnya dia hanya tersenyum. Kenapa lelaki suka sangat tersenyum? Argh! Sangat menyakitkan hati!

“Takkan kau tak ada sikit pun perasaan kat dia?”

Tanya Naim.

“Soalan apa yang abang tanya ni??”

Aku menggaru kepala. Abang ni! Orang nak luahkan perasaan. And sepatutnya dia bising. Tapi ini tidak! Tanya soalan macam tu pulak. Dia tak faham ke? Aku punyalah benci kat mamat tu, dia boleh tanya soalan tu?

“Janganlah buat-buat tak tahu! Abang tanya kau jawab je lah…”

Naim memandangku penuh harapan. Alah… Abang ni…

“Malas lah cakap dengan abang…”

Aku terus bangun dan menuju ke bilikku. Naim hanya memandangku tersenyum.

“Something is going on…”

Katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience