BAB 15

Romance Completed 16878

“Nasib baik dia tak ambik apa-apa tindakan. Nasib baik budak tu maafkan Farah, kalau tak, entah apa mak bapak budak tu buat.”

“Hish, kau ni! Tak reti langsung kawal perasaan tu!”

Marah Naim. Aku hanya tersenyum manis.

“Sekarang bolehlah dia senyum manis. Nak tau tak, masa dia kena hadap pengetua, air mata tak henti-henti mengalir. Lembik sebenarnya dia ni!”

Cerita Aizudeen. Naim dan En Azizudin ketawa. Aku menjeling Aizudeen tajam. Dia tersenyum.

“Sedap mengata orang kan?”

Aku membaling bantal kepada Aizudeen.

“Dia memang… Nampak je ganas… Tapi sebenarnya cengeng!”

Tambah Naim.

“Abang! Benci abang!”

“Yelah… Memang macam tu… Dia benci kat Abang Naim dia yang sorang ni sebab dia dah ada cik abang yang baru…”

Usik papa pula. Aku hanya tersenyum memandang Aizudeen.

Aizudeen membalas pandangan Farah. Ingin sahaja dia pergi mendapatkan Farah dan mendakapnya serta mengucupnya di pipi molek itu. Rasa sayangnya mencurah-curah tak terkata. Tetapi dia sedar akan hukum-hakam agama. Islam melarang lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersentuhan walau sedikit pun dan hukumnya HARAM.

Dia tersenyum mengingati peristiwa di mana Farah yang mamai turun ke bawah dengan seluar pendek paras peha dengan baju tanpa lengan. Wajahnya sangatlah comel pada waktu itu dengan rambut yang kusut-masai. Ingin sahaja dia mengambil gambar dan menampal gambar itu sebesar-besarnya di dalam bilik tidurnya. Dia tersenyum sahaja.

Farah perasan Aizudeen tak sudah memandangnya dan tersenyum-senyum. Pasti Aizudeen terfikirkan kenangan-kenangan yang berlaku secara tidak sengaja antara mereka berdua. Dan Farah tidak akan sesekali melupakan peristiwa yang menemukan mereka. Peristiwa semasa di tapak perhimpunan sesi photografi tingkatan 5 bagi tahun 2008.

Walau bagaimana pun, tidak semudah itu dia melupakan Sharif. Kasihnya pada Sharif tetap mekar di hati dan dia sedar, kini hatinya milik Aizudeen dan dia akan setia dengan lelaki itu.

“Bila kau nak balik ni?”

Tanya Farah.

“Kau halau aku ke?”

“Lebih kurang.”

“Kurang asam betul. Tak guna punya makwe.”

“Wek! Dah, cepat balik!”

“Yelah… Aku balik… Cepat kiss dulu.”

“Muah, ok dah, chow cepat!”

Aku bangun dari dudukku di sofa dan menarik baju Aizudeen supaya dia bangun cepat. Papa dan abang hanya memerhati gelagat kami.

“Tak macam kapel langsung! Kasar dan… dan… dan apa entah!”

Komen Naim. Papa hanya tersenyum.

Aizudeen melangkah keluar dari halaman rumah beriringan dengan Farah.

“Thanks…”

“Untuk…?”

“For everything.”

Ucapku. Dia hanya tersenyum.

“Terima kasih jugak sebab sudi terima aku.”

“Aku akan cuba untuk sayang kau ok?”

“Aku tak kisah asalkan kau dah memang pasti aku yang punya.”

“Aku sayang kau, Farah…”

Ucap Aizudeen.

“Hm…”

Aku tak tahu apa lagi yang harusku katakan. Aku hanya tersenyum malu.

“Comel lah kalau kau senyum macam tu, malu-malu. Lagi comel kalau kau tengah marah, muka merah je.”

“Eee… Kau sengaja je nak buat aku marah!”

Aizudeen ketawa lalu melambai ke arahku dan terus melangkah pulang. Aku kini mampu tersenyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience