BAB 1

Romance Completed 16878

“So, minggu ni dah boleh start la buat majalah sekolah. Kita akan start dengan sesi photografi. Mula-mula kita buat untuk Form 5 dan Form 3 sebab dia orang nak exam percubaan dah ni.”

Maklum Pn Julina.

“Kita orang ok je cikgu.”

Jawab Zarya, Suria dan Aiqeel.

Aku hanya mendiamkan diri. Manakala Airina hanya mengangguk-angguk. Aku hanya menundukkan wajahku. Aku berasa serba-salah, tidak pasti akan keputusanku. Cukuplah tahun lepas aku menjadi ahli sidang redaksi. Tahun ini, aku tidak berkeinginan untuk melaksanakan semua itu lagi.

“Ok, nanti tolong susun Form 5 dan Form 3 dalam barisan. Awak handle yang tu ok, Farah. Suria, awak uruskan semua budak yang dah ready nak ambil gambar, ok? Airina, Zarya dan Aiqeel tolong Suria.”

Kata Pn Julina menguruskan pelajar redaksinya.

Aku hanya mengangguk lemah. Memang tidak bersemangat untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan kepadaku.

“Hei! Cepatlah beratur ikut kelas! Takkan itu pun nak kena suruh? Dah Form 3 dah pun tak tau nak beratur ke? Form 5 pun sama je dua kali lima!”

Marahku. Hatiku betul-betul panas dan penuh dengan rasa tidak puas hati.

“Apasal akak garang-garang ni? Tak baik tau, marah-marah. Nanti cepat tua…”

Tegur seorang budak lelaki.

“Hei, diam dan beratur je lah! Tak faham bahasa ke orang suruh beratur ikut kelas?!”

Tengkingku.

Sesudah mereka duduk dalam barisan, aku hanya memeluk tubuh dan memerhatikan rakan-rakanku yang lain membuat kerja. Ada yang terjerit-jerit, ada yang ketawa terkekek geli hati dengan gelagat budak-budak, dan ada juga yang tension habis.

“Farah, pergilah tolong susun budak yang nak ambil gambar tu. Biar cepat sikit semuanya.”

Arah Pn Julina.

Aku hanya mengangguk dan berjalan menuju barisan kerusi yang disediakan untuk para pelajar mengambil gambar secara teratur.

“Hm… Tukar tempat. Pergi ke hujung sana.”

Arahku.

Budak lelaki itu hanya menurut kataku. Aku menguruskan lagi beberapa pelajar lain.

“Awak tukar dengan budak India tu. Awak centre sebab awak lebih tinggi.”

Kataku.

Tetapi tidak semua budak mendengar kata. Dia tidak mahu kerana mahu bersebelahan dengan rakannya yang lain. Aku berkeras menyuruhnya tukar tempat. Dia hanya menggeleng dan tidak mengendahkan arahanku.

“Ok, fine! Tak nak tukar sudah! Gambar kelas korang yang cacat. Akak tak rugi apa-apa lah!”

Marahku.

Beberapa pelajar lain yang terdengar kata-kataku itu terus memaksa rakan sekelas mereka itu bertukar tempat dengan pelajar yang aku maksudkan. Akhirnya dia akur. Aku hanya menjeling pelajar itu.

“Awak tukar dengan kawan sebelah.”

Suria berada disebelahku menguruskan pelajar yang sepatutnya duduk di atas kerusi bersama guru, aku tidak mengendahkannya dan terus melihat mana-mana pelajar yang harus diubah tempat mereka untuk mencantikkan lagi gambar kelas mereka.

“Eh? Apa ni? Sanalah sikit Suria. Tak payahlah sampai nak langgar-langgar.”

Tegurku dengan baik. Tangannya tak sudah-sudah melanggar lenganku dan aku tidak selesa.

“Eh? Kau lah ke tepi ke sana! Aku nak buat kerja lah! Pergi sana!”

Marah Suria lalu menolakku kasar. Aku terkejut. Cara Suria berkata seolah-olah dia tidak mengenaliku, seolah-olah aku bukan kawan baiknya. Selama ini dia tidak pernah berkata sekasar itu denganku. Hatiku yang panas dimarakkan lagi dengan minyak yang sengaja ditumpahkan Suria. Dan aku tidak menyangka sama sekali dia sanggup menolakku hanya kerana dikuasai perasaan marah dengan perangai pelajar yang kurang ajar. Tak sangka dia sanggup membuat aku sebegitu walaupun aku rakannya. Sungguh aku terkejut.

“Whatever!”

Aku terus berlalu pergi. Ingat kau sorang saja ke yang ada kerja? Tau lah kau ketua editor. Tapi buatlah kerja secara bekerjasama. Bukannya syok sendiri! Lepas tu nak tension lah kononnya. Padahal diri sendiri yang tak kasi orang lain bantu dia! Marahku.

Aku pergi mendapat Cikgu Tan, cikgu yang mengambil gambar untuk majalah sekolah itu. Aku hanya memerhati dari jauh. Pn Julina menegurku.

“Awak pergilah tolong sana. Tolong susun kan budak-budak tu ikut ketinggian.”

Kata Pn Julina dan menunjuk ke arah pelajar Tingkatan 5.

“Ok, 5A tolong pergi kat kawasan kosong belakang Cikgu Tan dan beratur ikut ketinggian. Yang paling tinggi tengah and yang rendah hujung.”

“Ha, yang rendah ok! Faham-faham lah… Alia! Kau hujung! Macam tak tahu pulak kau.”

Usik Saidah. Aku hanya tersenyum melihat gelagat kakak-kakak senior.

“Aizat, kau tinggilah… Tengah.”

“Tapi aku duduk depan, kat kerusi kejap lagi.”

“Tak apalah… Just ikut ketinggian dulu, boleh tak? Hadoi…”

Tension aku dibuatnya.

“Adoi… Fa, tak payah lah tension-tension. Rileks lah…”

Tegur Aizat.

“Hm… Pape je lah…”

Selesai menyusun pelajar perempuan 5A, aku menyusun pelajar lelaki pula. Apabila mereka berjalan masuk ke barisan kerusi yang disediakan untuk mengambil gambar, mereka berterabur. Aku menepuk dahi. Penat-penat aku susun, akhirnya, sia-sia aja.

Kemudian aku menyambung menyusun pelajar 5B pula. Selesai sahaja menyusun pelajar perempuan, aku menyuruh mereka duduk mengikut sususan. Aku menyusun pelajar lelaki pula. Tiba-tiba Suria datang ke tempatku dan menyusun semula pelajar lelaki 5B yang telah separuh aku susun. Aku bagaikan api yang disimbah dengan minyak. Suria menyusun pelajar itu dengan cara berlainan. Mengikut ketinggian rendah ke tinggi. Aku mula terasa berbahang.

Akhirnya aku membiarkannya dan hanya duduk melihat mereka yang lain melakukan kerja. Aku sudah hilang mood dan keinginan untuk membuat kerja.

Beberapa kelas telah selesai mengambil gambar. Kini tiba giliran 5D selepas beberapa kelas tingkatan 3 selesai. Tiba-tiba Pn Julina datang menerpa ke arahku.

“Kenapa duduk je kat sini? Pergi lah susun budak 5D tu.”

Aku akur dengan arahan Pn Julina. Perlahan kakiku melangkah ke arah mereka dengan hati yang berbelah bahagi.

“Em… Tukar dengan budak Cina sebelah.”

Kataku acuh tak acuh.

Lelaki itu hanya memandangku. Dia kemudian memandang rakan disebelahnya, Mazdi. Dan seketika kemudian dia memandangku kosong. Ah! Pedulikanlah! Aku sudah malas mahu ambil peduli tentang mereka. Aku hanya membiarkan dan selebihnya aku hanya memerhatikan yang lain.

Setelah selesai menyusun, aku dan rakan-rakan redaksi yang lain berkumpul di belakang Cikgu Tan yang bersedia mengambil gambar mereka sebanyak 3 shot. Aku betul-betul tidak puas hati. Kelihatan pelajar yang aku tegur tadi ternyata mencacatkan gambar kelasnya. Aku memberitahu Airina dan menunjuk ke arah pelajar lelaki itu.

“Tengok tu. Dah lah rendah. Sibuk nak duduk tengah. Dia tak lah rendah tapi masalahnya budak Cina tu lagi tinggi dari dia. Cacat gambar kelas. Ish, ish… Tadi aku dah tegur dia buat dek aja. Padan muka.”

Ceritaku. Airina sudah terkekek ketawa. Zarya dan Aiqeel tumpang sekaki mengetawakan pelajar itu.

“Haah lah… Ya Rabbi. Macam mana boleh tak perasankan dia tadi? Hahaha… Biar lah dia…”

Kelihatan dia memandang ke arahku tajam. Terus tawaku mati begitu sahaja. Pandangannya menikam wajahku. Zarya, Aiqeel dan Airina semakin galak mentertawakanku. Aku menelan liur. Ops… Aku pasti dia tahu aku mengutuknya. Ah, lantak lah… Siapa suruh tak nak ikut arahan aku?

Sebaik sahaja Cikgu Tan berkata ‘sedia, 1, 2, 3’, kelihatan pelajar itu meninggikan dirinya. Aku punyalah ketawa melihat wajahnya yang masam mencuka ditambah pula dengan gelagatnya yang sangat menggelikan hatiku. Terlupa sudah aku pada jelingan tajamnya tadi. Aku menekan perutku yang sudah tidak tertahan lagi. Zarya, Aiqeel dan Airina turut sama mentertawakannya. Ada antara mereka sudah mengalir air mata. Kami bertiga ketawa. Aku menggelengkan kepala.

Kesian pula pada dia. Orangnya hitam-hitam tetapi boleh dikategorikan sebagai ada rupa. Dia agak hensem jugaklah, tapi aku tak pernah berminat dengan pelajar yang satu sekolah denganku. Itu sangatlah di luar alamku. Aku tersenyum apabila teringatkan peristiwa itu. Dia pergi mengambil begnya dengan rakannya yang lain dan naik ke kelas. Aku tersengih. Hilang stress aku dengan sikap Suria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience