BAB 8

Romance Completed 16878

Seperti biasa aku pulang lewat untuk sembahyang Zuhur kecuali hari Rabu memandangkan aku sudah solat amali di surau secara berjemaah dengan rakan-rakan lain.

“Hei, baliklah. Melepak je kerja. Aku pun tak lepak lah… Aku terus balik rumah tau…”

Tegur seseorang.

“Oi! Kau memanglah terus balik rumah. Tapi ada ke kau kerjakan solat 5 waktu kau? Sekurang-kurangnya aku lepak kat surau. Bukan tempat lain! Kecoh betul!”

“Eh, aku tegur sebab abang kesayangan kau tu yang suruh aku tengokkan kau and arahkan kau terus balik rumah. Kau selalu balik lewat sejak akhir-akhir ni. Abang kau komplen kat aku dowh.Lepas tu dia takut nanti kau pengsan lagi.”

“Oh, ok. Thanks. Nanti aku bagi tau kat abang aku supaya kau tak payah MASUK CAMPUR hal aku!”

Aku terus melangkah masuk ke dalam surau. Aku membuka tudung dan mengibas-ngibas kepanasan. Aku melepaskan satu keluhan berat.

“Ya Allah… Betapa bencinya aku kat mamat tu!!”

Selepas aku berasa sedikit tenang, aku melangkah keluar dan mengambil wudhuk. Aku memilih telekung yang selesa dan wangi-wangi dari almari telekung. Dan aku pun membentangkan sejadah bersedia untuk menghadap Illahi.

Aku memakai kasut perlahan-lahan, tidak mahu terburu-buru. Kemudian menggalas beg sekolah melangkah keluar dari perkarangan surau sekolah.

“Lambatnya keluar…”

“Kau buat apa tak balik lagi?”

“Saja?”

“Huh? Kau gila ke?”

“Em… Ye kot?”

“Tak kuasa aku nak layan.”

“Weh, kau benci sangat ke kat aku?”

“Apasal kau tanya?”

“Tadi aku terdengar kau cakap sorang-sorang. Kau cakap, ‘Ya Allah, bencinya aku dengan mamat tu’.”

“Aik? Ada orang terasa ke?”

“Hm… Dah lah… Aku dah malas nak gaduh dengan kau. Ok lah. Kau lepas ni jangan melencong mana-mana tau. Terus balik rumah.”

“Eh? Mak bapak aku pun tak kecoh macam kau tau!”

Gerutuku. Aku terus meninggalkannya.

Aizudeen hanya memandang kosong. Dia melepaskan satu keluhan berat. Hatinya berbelah bahagi. Semuanya bermula sejak Farah mengutuknya semasa di perhimpunan sewaktu sesi photografi hari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience