BAB 14

Romance Completed 16878

Aizudeen dan Zarya nyata tidak puas hati dengan ceritaku. Tetapi itulah yang sebenarnya. Tetapi apa boleh dibuat lagi? Tandatangan sudah pun diturunkan. Surat itu ada dalam genggaman pengetua.

Secara tidak sedar, tiba-tiba sahaja aku berbaik dengan Aizudeen. Tidak ada pertengkaran lagi antara kami. Dia bagaikan terlalu prihatin dan penyayang. Dia mendengar setiap kataku dengan teliti dan menunjukkan minat terhadap setiap patah kataku.

Dia juga tidak menyebelahi mana-mana pihak melainkan yang benar. Dia juga mengingatkan aku bahawa aku juga bersalah. Ternyata rupanya sikap yang ada pada Sharif sedikit sebanyak diwarisi Aizudeen sendiri tanpa aku ketahui selama ini. Mataku semakin jelas melihat segala sifatnya yang baik-baik.

“Mestilah pengetua bising mula-mula tu… Sebab kau tinggikan suara pada dia. Sedangkan dia tu seorang guru dan orang yang lebih tua dari kita. Kau kenalah hormat dia walaupun sememangnya kau tak bersalah. Kau kenalah cakap elok-elok…”

Katanya.

Aku hanya tersenyum. Wajahnya serius sahaja. Zarya bagaikan dapat mengesan sesuatu yang sedang berlaku. Dia juga turut tersenyum sekali.

“Yang korang tersenyum-senyum ni apasal?”

Marah Aizudeen.

“Entah? Tanyalah Farah. Ok lah, aku masuk kelas dulu, ok sayang…”

Zarya tersenyum penuh makna.

“Hm?”

Aizudeen mengangkat keningnya bertanyakan soalan yang sama kepadaku.

“Manalah aku tau!”

Gerutuku.

“Tak kan kau tak tahu sendiri apasal kau senyum? Aku cakap serius tu, kau boleh lagi senyum-senyum kan?”

“Suka hati aku lah!”

“Kau ni keras kepala betul!”

“Dah tu? Biar lah! Kepala aku, apa kau sibuk?”

“Sebab aku sayang kau lah aku sibuk!”

Katanya. Aku terus berlalu naik ke kelas sambil berkata,

“Bla… bla… bla…”

Aizudeen hanya tersenyum melihat tingkah laku Farah. Dan Farah pula sememangnya mahu mengelak. Kerana Aizudeen berjaya membuatkan dia blush!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience