BAB 1

Romance Completed 2737

Sesudah pemergian Ardi bertahun lamanya, dia datang kembali. Dia kembali menagih sesuatu yang selama ini dilupakan, sesuatu yang tidak pernah dipedulikan olehku, juga sesuatu yang tidak pernah dituntut selama ini.

Aku tidak terfikir langsung untuk mengulang apa yang pernah menjadi igauan semalam. Apakah aku mampu berdepan dengannya lagi, yang pasti tangisan akan berulang lagi.

Setelah begitu banyak yang aku lalui, keperitan tanpa khabar darinya masih terasa, dia sentiasa berlegar di minda tidak kira ketika dan sesaat masa, akan muncul dibenakku membentuk satu sendu rindu sepanjang pemergiannya.

Untuk apa sebuah tangisan yang tidak membawa perubahan?Aku merenung dirinya, terkejut. Dia datang untuk apa?

Lantas kenangan lalu sebelum pemergiannya menerpa semula…selepas pertengkaran demi pertengkaran mulut!

“Aku akan ke Jepun!” Dia membuka bicara, Aku terdiam lama…

“Aku tahu kau tidak akan setuju, tetapi ini adalah kehidupan yang akan aku tempuhi pada masa depan, ia adalah berdasarkan keputusan masa kini yang aku ambil. Harap kau mengerti! Aku telah membuat keputusan untuk ke Jepun!”

Kami duduk di bangku taman. Taman yang sunyi dari suasana kebisingan. Masih belum ada pembangunan dibuat di kawasan ini. Masih terasa aman akan kehijauan, sedap mata memandang, nyaman.

Dia tunduk merenung rumput padang sambil melafazkan kata-kata menusuk hatiku. Dia akhirnya membuat keputusan untuk pergi jauh dan meninggalkan aku di sini.

Dia akhirnya tidak mahu memikirkan tentang diriku lagi atau dia sudah penat bertekak denganku kerana hal ini.

Maka keputusan ini diberi. Aku diam membisu, ini lebih baik dari membalas kata-katanya, keputusannya sudah muktamad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience