BAB 2

Romance Completed 2737

Aku yakin dengan bulat hati dia akan pergi juga tetapi tidak pasti akan kembali atau tidak, ikut keputusannya…

“Kau tak mahu cakap sesuatu?” Dia melihatku tenang. Aku takut bersuara, aku tidak mahu memulakan api pertengkaran dengannya seperti selalu. Aku mengelak untuk mengeruhkan perasaannya.

Aku mahu dia pergi ke Jepun dan mencapai impiannya dengan tenang dan bahagia walaupun aku sengsara dengan keputusan itu.

“Cakaplah sesuatu, sebelum aku pergi jauh!” Desaknya. Dia tidak sanggup melihat aku membisu tetapi dia sanggup meninggalkan aku di sini. Aku pilu…

“Jangan buat aku menunggu begitu lama. Cukuplah apa yang berlaku selama ini. Aku mahu mendengar keputusan kau?” Kata-katanya bermaksud sesuatu, aku mahu memikirkan apa yang sedang ku rasa tetapi aku takut rasa itu semakin menyeksaku nanti.

Aku selalu ingat, betapa dia penting dalam diriku, bertanya siapa aku dengannya? Adakah diriku bermakna padanya?

Namun, jawapan sukar untukku tahu, dia bijak bermain dengan kata-kata.

“Apa kau mahu aku katakan?” Akhirnya soalan ku utarakan. Aku sudah penat bermain dengan kata-kata, fikiranku sudah sarat dengan pelbagai persoalan.

Untuk apa penjelasan berjela bila akhirnya kelukaan tetap milikku. Apakah bahasa yang aku gunakan selama ini belum cukup menyakinkan dia?

“Apa-apa sahaja, berkaitan hubungan kita selama ini.” Aku menghela nafas.

Apa lagi yang boleh aku katakan, sebelum ini sudah puas kami bergaduh. Bertengkar banyak perkara,

Aku tidak mahu bertengkar tetapi dia tetap mendesak pada saat fikiranku sedang bercelaru!

Dia juga tetap mempersoalkan hubungan kami. Sehingga aku muak dan enggan bercakap mengenainya lagi, untuk apa membuka rahsia hati bila akhirnya tidak dipeduli?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience