BAB 8

Romance Completed 2737

Aku memulakan pertengkaran lagi. Persoalan yang selama ini ingin benar ku tahu kebenaran dari dirinya. Melontarkan perasaan sakit hatiku selama ini kerana ketiadaannya di sisi.

“Kau belum jawab persoalan lamaku?” Dia berkeras, tidak mahu memberitahuku. Dia masih begitu. Aku menghela nafas bersedia untuk membalas serangan kata-katanya.

“Bukan sesiapa dan bukan juga kawan baik!” Sengaja aku menyakitkan hatinya, kembali mengulang jawapan soalan awalnya tadi.

“Kau pasti?” Tuturnya yakin namun terluka.

“Positif.” Tegas kata-kata itu meluncur, wajah Ardi berubah lagi.

“Kau tak menyesal?” Suaranya berubah sayu. Aku merengus dan ketawa perlahan, tercuit sedikit dengan sikapnya yang tidak mengalah! Masing-masing menegakkan pendirian, masing-masing enggan mengaku, entah apa kesudahan keputusan kali ini.

“Apa yang mencuit hati?” Dia melihatku hairan. Terusik perasaan lukanya.

“Kau menuduhku melindungi perasaan tetapi kau sendiri pun begitu. Dua kali lima! Kau belum jawab soalanku tadi.” Aku mendesaknya, aku mahu tahu. Apakah dia tidak mengerti maksud tersirat pada setiap patah perkataan yang aku ucapkan.

“Apa?” Sepantas itu dia lupa… Hatiku tak keruan, mendongkol sedih.

“Kenapa kau muncul semula?” Sindiranku teruskan, belum puas menyakitinya. Dia diam wajahnya keruh mencerminkan kesilapan keputusannya dulu.

“Sememangnya aku sudah jangkakan kita akan begini selamanya, jika kita terus bersikap begini membuat kita akan terus terluka Ardi ! Kau menafikan kehendak kita, keinginan kita, masing-masing dengan sikap berdiam diri, menyeksa sesama kita. Kenapa tinggalkan aku sendiri di sini. Kenapa tidak pernah memberitahuku, kau sangat mementingkan diriku, kenapa kau tetap menyeksaku setelah kau pergi?” Aku sudah tidak tahan dengan sikap pura-puranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience