BAB 3

Romance Completed 2737

Keputusan telah dibuat, malah telah diberitakan kepadaku. Dengan gembira dan tenang dia menyampaikan keputusannya untuk ke Jepun.

Dia menerima tawaran bekerja dan terus menetap di sana tanpa aku. Apakah selama ini, kehadiranku hanya memenuhi ruang lingkup ekosistem hidupnya, rantaian kehidupan masing-masing yang saling memerlukan?

Apakah dia memang mahu melupakan semua? Aku tidak pasti.

Apakah selama ini belum cukup usahaku lakukan untuk menyatakan betapa aku menganggapnya lebih dari kawan. Butakah dia?

“Kau sudah buat keputusan, untuk apa pendapat aku. Tiada gunanya lagi kau mengetahui apa yang aku fikirkan tentang hubungan kita.” Buat apa dia mahu ambil tahu tentang hubungan kami selama ini jika nanti dia akan pergi.

Dia sanggup meninggalkan aku di sini menyatakan padaku, dia tidak akan kembali lagi?

“Aku mahu tempat aku masih terisi bila tiada di sisi kau lagi, apakah kau akan ingat aku lagi atau tidak. Atau kau akan terus melupakan aku setelah aku pergi?” Cetus Ardi.

Dia menolak diriku tetapi masih mahu aku memikirkan tentang hubungan ini.

“Hubungan kita masih bermakna lagi walaupun saat kau membuat keputusan untuk pergi Ardi ! Aku sudah memberi tentangan yang cukup hebat agar kau tidak pergi tetapi kau akhirnya mengecewakan! Apa dayaku untuk menghalang kau?.” Aku sudah bosan untuk bertengkar, aku sudah tiada rasa itu kali ini.

“Sekeras itu hati kau, enggan melepaskan aku pergi?” Sesungguhnya aku tahu Ardi mengerti maksudku menghalangnya tetapi dia tidak peduli. Itu pasti…

“Bukan enggan tetapi kau belum melunaskan sesuatu! Aku akan ingat diri kau. Aku cuba untuk tidak lupa pada kau.” Aku enggan mengalah, kami akan berbalah lagi tanpa henti!

“Bagaimana untukku melunaskannya jika kau sendiri enggan memberi kerjasama. Setiap kali aku meminta jawapan kau berikan aku sesuatu yang langsung tiada kaitan. Bukankah mudah, jawab sahaja pertanyaan aku. Apakah hubungan kita selama ini?” Soalnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience