BAB 4

Romance Completed 2760

Soalan yang sama setiap kali kami bertemu dibangku taman. Aku bukannya tidak mahu memberitahu tetapi hatiku sendiri sangsi, sanggupkah aku nanti menerima keputusannya yang berlainan dari apa yang aku harapkan?

Apa erti perhubungan kami selama ini? Hanya sebagai kawan atau lebih dari itu? Aku enggan memikirkan kemungkinannya.

“Apabila kau membuat keputusan untuk ke Jepun, siapa yang kau fikirkan?” Soalanku berbaur perangkap! Aku bertanya walaupun samar-samar jawapan yang akan dilontarkan pada deria pendengaranku.

“Keluarga aku!” Noktah! Titik. Tamat!

Belumpun hilang kekecewaan kerana keputusannya untuk pergi ke Jepun, kini ditambah dengan jawapan penting yang inginku tahu. Bagaimana aku menjawab soalannya jika dia sendiri memberi jawapan yang melukakan.

Akhirnya luka yang dihirisnya kian berdarah, Jawapannya membuat aku menahan tangis! Aku enggan menghantar pemergiannya dan aku juga enggan mengingatnya. Kenapa?

Aku sayu, saat hatiku bertanya sendiri. Selepas itu dia terus melangkah pergi, aku tidak lagi sangsi apa sebenarnya hubungan kami padanya. Aku sering dihantui pertanyaan apakah maksud di sebalik kata-kata akhirnya?

Dia mahu memastikan makna hubungan kami selama ini sebagai jaminan sebelum membuat keputusan? Rupanya aku yang silap menilai. Kerugian masa lalu, masing-masing menegakkan pendirian, enggan mengaku apa yang sedang di rasa.

Sehingga memakan masa yang begitu panjang untuk bertemu semula dan membuat perhitungan. Siapa sangka perhitungan kali terakhir…Kenapa dia perlu muncul semula?

“Ardi !?” Aku terkejut menerima kemunculannya yang tidak diundang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience