BAB 10

Romance Completed 2737

Setiap kali kami akan membangkitkan soalan bertemu soalan. Dia memberiku dua pilihan, kiranya aku memilih untuk menjadi kawan sahaja, hatiku menolak kuat terguris. Tetapi untuk menjadi gadis kesayangannya aku tidak tahu apa yang dimaksudkan Ardi!? Aku keliru untuk membuat keputusan.

“Aku terpaksa juga membuat keputusan, maafkan aku Ardi. Aku tidak dapat….” Dia membantah pantas.

“Mengapa kau berdegil Azia, tidak cukupkah seksaan yang kau alami selama ini. Beri aku jawapan pasti. Kiranya benar itu yang kau mahu aku akan pergi…” Aku menghela nafas seksa, melihat dia masih mendesak.

“Walaupun keputusannya nanti akan mengecewakan pihak lain.” Tidak sepantas itu aku ingin mengakui. Tetapi dia kelihatan tidak puas hati pada kata-kata balasanku.

“Apa yang pasti, keputusan itu tetap melukai hati sendiri Azia.” Dia mengingatkanku.

“Dulu, aku sering keliru apa bentuk perasaan yang aku alami bila bersama kau, aku kecewa sebaik sahaja kau katakan kau lebih mengutamakan keluarga kau dalam membuat keputusan untuk ke Jepun.. Aku tertanya selama itu, siapa aku di sisi kau? Aku tidak menyalahkan jawapan yang kau berikan tetapi kau tidak datang memujukku kembali…” Terangku, harap dia dapat memahami, akhirnya terbuka segala yang menjadi persoalan selama ini namun ia agak terlewat bila wajah itu sudah enggan menerima, jelas menapak kelukaan.

“Kau tidak bersuara Azia, kau tidak menahan. Aku sedang berfikir apa yang bermain di minda kau ketika itu. Aku mahu kau menidakkan keputusanku dan mengaku tetapi kau membuat kesilapan. Kau memutuskan untuk membiarkan aku pergi tanpa halangan. Kenapa? Kenapa kau membuat keputusan begitu?” Kenapa mesti membicarakan kisah lalu, kesilapan yang telah usang masih diungkit dan dibahaskan tanpa henti. Saling menyalahi orang lain?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience