BAB 5

Romance Completed 2737

Aku baru sahaja ingin berlalu, tiba-tiba pula dia muncul di depan mata dan menghalang langkahku untuk pergi. Untuk apa? Aku melihatnya…

“Apa hal?” soalku. Dia merenung meneliti diriku, tidak bersuara. Kami duduk kembali di bangku yang sama beberapa tahun yang lalu sebelum dia pergi.

Di taman yang sama tetapi dalam situasi yang berbeza, dia masih duduk seperti dulu di tepiku, bersama di bangku di taman ini. Berbicara…

“Sejak bila kau balik ke sini?” Aku membawanya berbual. Dia masih diam.

“Kenapa tidak maklumkan aku?” Aku tetap seperti dulu, ambil berat tentangnya.

“Kenapa tidak bercakap, dah hilang suara?” Sindirku melihatnya masih seperti dulu, tidak bersuara tanpa aku merajuk dulu.

Dia merenung kejauhan seperti sedang berfikir enggan membalas kata-kataku.

“Ardi ?” Desakku. Hati lukaku mula berdarah, tidak keruan melihat tingkahnya begitu.

Membisu! Setelah begitu lama dia membiarkan aku mencari arah sendiri, dia kembali tanpa di pinta. Ada ketikanya aku sedih sendiri, tidak tahu bagaimana untuk menghilangkan terus nama itu dari dalam hatiku.

Ada ketikanya juga aku tidak peduli bagaimana perasaanku sebenarnya setelah dia mengabaikan aku di sini.

“Aku tidak tahu hendak fikir kau siapa, sebagai kawan atau gadis kesayangan aku? Aku tidak tahu!” Setelah membisu begitu lama, Ardi bersuara sendiri bukan sapaan biasa tetapi satu persoalan yang meminta jawapan.

Itu suara yang telah lama menghilang dari deria pendengaranku. Suara yang sering ku rindui untuk mendengar kata-kata bantahannya.Aku terpana mendengar ucapan kata-katanya.

Suaranya sayu, hatiku terusik! Setelah begitu lama barulah dia dapat mengutarakan apa yang sedang difikirkannya, apa yang sedang dirasainya, apa yang telah kami lalui sebelum dia pergi. Tetapi dia masih menyembunyikan makna disebalik kata-kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience