BAB 7

Romance Completed 2760

Mendesakku dengan memberi tekanan kata-kata agar aku mengaku. Begitu mudah, dia memikirkan masa berlalu begitu pantas, sedangkan bagi diriku masa yang berlalu sukar ditempuhi kembali.

“Semudah itu kau pergi dan semudah ini kau datang kembali. Untuk apa? Kembali menagih sesuatu? Kau ingat, sesenang itu untukku melupakan semua itu. Sesenang itu kau mahu aku terima kehadiran kau kembali?” Sinis ku tuturkan, aku tahu dia terpukul hebat hanya dengan kata-kataku.

“Apakah langsung tiada peluang untuk aku kembali. Apakah salah aku menagih sesuatu yang hilang dulu?” Aku tersenyum sinis, tidak mudah menjadi gadis kesayangannya, lebih baik jadi kawan sahaja kerana sering berlaku pencanggahan antara kami!

Lagipun itu kisah lalu, dan sedang berlalu, sudah bertahun lamanya aku tidak rasa ada kawan sepertinya lagi.

Tidak mudah bagiku menerima permintaannya bila dia sesukanya pergi dan kembali.

“Hah! Sesuka hati kau menagih sesuatu? Yang mana? Pertama untuk melupakan aku di sini? Atau kedua, untuk melukaiku lagi? Pertama atau kedua?” Aku merenungnya tajam memberi kata dua, aku tidak boleh membohongi mataku, aku tahu dari sinar matanya yang layu itu, dia terluka.

Mencari apa yang pernah ditinggalkanya pergi. Tetapi kelukaan yang digurisnya enggan berlalu pergi. Dia terdiam lagi melihat balasan sinis kata-kataku. Sepi…

“Kau enggan memberitahuku, kenapa?” Setelah begitu lama terdiam, dia menyerangku dengan soalan lalu, dia mengungkit persoalan sebelum dia ke Jepun dulu.. Keengganan aku mengakui Apakah hubungan kami sebelum ini, membangkitkan keresahan semalam.

“Sebagaimana kau berselindung dariku.” Aku tidak mahu kalah.

“Aku tidak pernah menyembunyikan apa-apa dari kau.” Akuinya.

“Aku terima itu sebagai suatu kata-kata. Kali ini aku tanya kau kembali soalan bertahun yang lalu…apabila kau membuat keputusan untuk ke Jepun, siapa yang sedang kau fikirkan?” Soalku keras, dia terkesima, tidak menyangka serangan balasku akan menyakitinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience