BAB 11

Romance Completed 2760

“Kau salahkan aku? Kenapa kau tidak tanya diri kau sendiri….Kau datang padaku dan memberitahu keputusan muktamad kau untuk ke Jepun. Kau mahu tinggalkan aku. Sebaik mendengar keputusan kau aku sedih. Aku terpaksa menyokong keputusan kau kerana itu yang kau mahu. Untuk apa aku menghalang kau lagi? Sedangkan sebelum itu kita sentiasa bertengkar perkara yang sama. Kau lihat akibatnya sekarang Ardi. Kita masing-masing menyalahkan pihak lain, kita masing-masing tidak mengakui, bahawa ada satu rasa untuk dikongsi. Kita masing-masing berdegil.” Ujarku sayu, telah kalah pada perasaanku lagi.

Airmataku terasa ingin menitis, ku tahan jatuh! Hati lukaku selama pemergiaannya enggan sembuh! Entah salah siapa? Sudah jauh dan lama masih belum selesai!

“Sudahlah. Aku malas bersoal jawab lagi. Yang pasti kau telah memberiku satu keputusan lagi…” Putus Ardi berdiri dan pantas berlalu cuba meninggalkan aku sendiri.

Kali ini aku tidak melepaskannya, seketika aku tersedar dan buru-buru menghalang, memberi pengakuan sebenar padanya… tetapi telah terlewat bila tragedi ngeri terjadi di depan mata.

“Keputusan yang menyeksa pihak lain…” Perlahan terlontar kata-kata dari bibirku, airmata laju mengalir di pipi. Dia akhirnya menghilang terus, mustahil dia kembali.

Aku tetap terseksa juga walaupun tanpa pengakuan balas darinya, tetapi aku tahu aku terlalu istimewa padanya dan setelah membuka lipatan lalu aku masih terluka juga… Seketika, pecutan kereta menghasilkan bunyi yang membingitkan sekitar.

Aku terkejut! Aku masih di taman. Taman yang telah jauh berubah bentuk, namun hatiku masih seperti dulu.

Taman yang memberi tamparan hebat yang pernah berlaku di masa laluku, taman yang sentiasa ku ingati. Taman yang sentiasa melihat tangisanku selama ini. Taman yang menjadi teman selama dia tiada di sisiku. Ada pembangunan pesat di sekitar.

Ada sebatang jalanraya di situ. Ada perlumbaan hidup! Ada peristiwa pilu...Sekiranya masa bolehku putar semula, aku akan mengaku dari awal. Aku sedar, terlalu banyak berkata-kata tiada gunanya jika hanya membawa sesuatu yang tidak menguntungkan sesiapa.

Akhirnya kecewa, dan aku masih enggan membuang kisah nama itu jauh-jauh! Aku tersedar sudah jauh diriku dibawa lamunan masa silam, sesaat lalu aku meminta sebuah harapan agar dia kembali menagih sesuatu padaku seperti dulu!

Ardian ! Hatiku membisik lembut nama itu bersama deraian airmata akhir. Di taman ini ku tutup sejarah sebelum kaki melangkah pergi untuk mencari dan membina hidup baru, meninggalkan kenangan kami di sini.

Maafkan Azianis !…Bingkisan akhirku di angin lalu bersama tangisan pilu seorang perindu sepi. Maafkan Azianis kerana pada akhirnya segala persoalan dan belenggu yang menbungkam cinta kita akhirnya terjawab dengan sebuah perpisahan. Azianis mahu segala kisah tentang kita berakhir sampai di sini sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience