BAB 9

Romance Completed 2760

Kenapa dia tidak mahu berterus terang sejak dulu? Kenapa dia tinggalkan aku di sini? Kenapa aku yang perlu memulakan dulu?

Perasaanku masih belum puas membalas perbuatannya.

“Aku tidak tahu sikap aku ini melukai kau. Aku tidak terfikir untuk menyeksa kau langsung. Aku pergi jauh kerana ingat kau tidak akan terseksa kerana aku, tetapi rupanya aku silap menilai. Kau sentiasa terseksa kerana sikap aku. Semakin aku fikirkan semakin aku terseksa dengan keputusan yang dibuat dulu, dan bila aku putuskan untuk kembali aku harapkan kau bersedia menerimaku lagi, memberiku kemaafan, tetapi kau tidak memberiku peluang.” Ardi mengaku rasa bersalahnya. Masing-masing berusaha untuk tidak melukai tetapi secara langsung masih mahu bermain api! Memendam luka lama semalam…

“Aku tidak meminta untuk berperasaan begini, aku tidak pernah menyalahkan kau, aku juga tidak tahu apakah seksaan ini tidak cukup untuk membuktikan perasaan yang kita miliki. Kita lupa memikirkan perasaan masing-masing. Kita lebih mementingkan hati pihak lain tetapi akhirnya,…. masing-masing memilih keputusan sendiri.” Putusku.

Namun, masih belum cukup, dia masih berteka teki atau aku yang tidak dapat menangkap maksud kata-kata awalnya.

Seperti mana dia tidak mengerti setiap butir patah perkataanku sejak tadi.

“Keengganan kau untuk mengaku, hubungan kita lebih dari kawan!” Tegas Ardi. Dia meminta aku memahami tetapi, dia sering membuat aku terjerat dengan situasi.

“Kau belum jawab persoalanku sejak tadi,…” Ungkitku kali ketiga, tegas.

“Kau tidak membantu, belum menjawab soalanku. Apa kata kau, tentang persoalan mengenai hubungan ini sama ada sebagai kawan atau gadis kesayanganku?” Dia kembali mengutarakan soalan. Bila bicara ini akan berhenti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience