BAB 6

Romance Completed 2760

“Aku tak pernah anggap kau sebagai kawan!” Balasku, Aku merengus marah memikirkan sikapnya kini.

Sesuka itu dia pergi, sesuka itu dia kembali, sesuka itu dia meminta. Sesuka itu juga dia menyentap segenap lapisan deria dan perasaanku. Melihatnya dapat aku meneka, dia masih menganggap diriku seperti dulu.

“Maafkan aku, aku memang tidak layak menjadi kawan kau. Aku banyak buat silap dan rasanya tidak layak juga untuk dimaafkan.” Aku menjeling, di dalam hatiku kuat memberontak, menidakkan segala pelakuan luaranku.

Hatiku yang lebih parah apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya.

“Sememangnya tidak layak!” Celuparnya mulut! Wajah Ardi berubah sedikit. Dan, yang tersayat sakit adalah hatiku sama!

“Kau sudah jauh berubah, tidak seperti dulu lagi.” Balasnya menyedari sikapku. Dia memandangku kini tepat ke wajahku. Aku tunduk!

“Kau memberiku keputusan seperti kau tidak akan kembali ke sini lagi. Apa sudah terjadi dengan azam kau dulu? … masa adalah faktor aku lupa siapa aku sebelumnya,” Sindirku, aku memandangnya, kemarahan yang terlontar membuat aku tidak mahu kalah pada perasaan sendiri.

Dia yang menjadikan aku begini maka natijahnya perlu dia terima. Disebabkan dia, aku telah melalui hari-hari lalu yang perit.

“Kau benar-benar maksudkan?” Aku tidak membalas, hatiku kian pilu melihatnya sudah berada di sisi ku lagi.

Persoalan perasaan masing-masing belum terjawab, kami pula mula kembali berbalas kata-kata. Membahaskan sesuatu untuk menidakkan apa yang di rasa.

“Kau mahu aku melupakan semua ini dengan mudah? Begitu cepat masa berlalu begitu cepat juga kau berubah!” Tidak mudah untuknya mengalah, melepaskan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience