BAB 1

Romance Completed 3880

NEW SOUL

- Rumah JK dan Isha -

Pagi hari itu terasa sangat sejuk sekali. Hujan turun renyai-renyai. Isha ingin menyambung tidur semula lantaran kerana kepalanya terasa agak berat dan tekaknya terasa mual.

Dye memandang ke sebelah. Isha tersenyum. Suaminya sedang nyenyak tidur. *Penat sangat la tu kerja sampai lewat malam* Isha berkata dalam hati sambil mengelus lembut pipi JK.

Isha merebahkan kepalanya ke bantal. Dia betul-betul rasa tidak sedap badan. Kepalanya pening semacam. Isi perutnya bergelodak. Dia terasa ingin muntah tapi ditahan.

Minyak kapak disapu dihidung dan dikepala untuk menghilangkan rasa pening. Dia memejamkan mata mengingat semula apa yang dimakannya malam tadi sehingga perutnya bergelodak bukan main.
 
   Saat matanya mula terpejam, tiba-tiba Isha bangun dan berlari ketandas. Dia ingin muntah ! Sesampai ditandas, dia terus memuntahkan segala isi perutnya. Fuhhh lega !

Mata Isha berair dan mukanya sedikit merah mungkin kesan kerana muntah tadi. Dikesatnya hidung dan mulut menggunakan tisu yang tersedia disitu.
 
   JK yang sedang tidur, terjaga dan cepat-cepat bangun dan berlari kearah isterinya. Perasaan risau mula terbit dalam hati melihat keadaan Isha. Tak pernah Isha muntah-muntah seperti ini sejak mereka berkahwin.
 
JK: Yeobu, gwenchana ? Wae ? Kenapa muntah ni ? Salah makan ke ? Ke you tak makan semalam ?
 
Isha: Kenapa you bangun ? I bising ke ? I kacau you tido ke ? Mianhe.
 
   Isha terkejut melihat JK tiba-tiba berada disebelahnya. Dia sebenarnya tidak mahu mengganggu JK yang sedang nyenyak tidur. Kesian !
 
JK: Yahhhh ! Kenapa you cakap macam tu ? Mana ada you kacau I tido. I tadi dengar ada orang muntah-muntah. I ingat I mimpi tapi bila bukak mata tengok you takda kat sebelah. I tengok you ada kat toilet tengah muntah pulak tu. You okay tak ? Kenapa ni ? Tak sihat ke ?
 
Isha: I tak tahu lah. I pening kepala dari tadi. I rasa nak muntah je ni lepastu rasa tak sedap badan.
 
JK: Kita pergi klinik nak ? Kita check ? Mana tahu you salah makan ke ? Kena food poisoning ke ? Jom. Kita pergi klinik eh yeobu. You siap-siap lah. I nak mandi kejap.
 
Isha: Tak nak lah. I tak larat nak jalan and I taknak susahkan you. I nak rehat kat rumah je boleh tak ? Nanti bila I dah makan ubat, sakitnya hilang ni.

JK: No ! Tak boleh. No excuse. Kita pergi klinik kejap lagi. Jangan degil. Kalau you tak larat nak jalan, I boleh angkat. I kuat okey. No worry. Dah. You siap-siap dulu. Pakai simple-simple je sebab you pakai ape pon dah cantik.

Kata JK sambil tersenyum dan mengenyitkan matanya pada Isha. JK memang begitu. Suka mengusik isterinya.
 
   Isha mengangguk bersetuju tapi kemudian menggeleng. Mengada ! Tercuit hatinya melihat kelakuan JK. JK benar-benar seorang suami yang bertanggungjawab. Bersyukur rasanya dia dapat memiliki JK sebagai suami.

Isha sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi pada dirinya sekarang sekiranya waktu itu dia nekad membatalkan majlis perkahwinannya dengan JK.
 
   Isha keluar dari tandas dan bersiap ala kadar. Isha kemudian turun ke bawah menyiapkan sarapan sementara menunggu JK yang sedang mandi diatas.

Isha menggoreng nasi dan membakar beberapa keping roti untuk sarapan paginya bersama JK. Satu jug air kopi turut disediakan khas untuk JK lantaran kerana Isha tidak menyukai air kopi.

Selesai menyiapkan sarapan, Isha membuat panggilan video dengan Leeya dan Shaera. Sekadar bertanya khabar. Sudah hampir 2 minggu, Isha tidak berjumpa dengan dua sahabatnya itu. Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.   

   Leeya dan Shaera sibuk bekerja sambil menguruskan persiapan perkahwinan mereka. Isha pula sibuk menguruskan rumah tangganya.

Sejak berkahwin, JK tidak membenarkan Isha bekerja kerana katanya dia mampu menanggung segala makan pakai isterinya itu. Sebagai isteri, Isha terpaksa menuruti kata-kata JK dan dengan berat hati dia terpaksa meletakkan jawatan ditempat kerjanya.
 
   Panggilan video diangkat oleh kedua sahabatnya. Arghhhh. Rindu. Perasaan rindu menebal dalam diri Isha. Dye benar-benar rindukan Leeya dan Shaera.
 
Isha: Hye koranggg ! Sihat ke ? Tengah buat apa tu ? Lama tak jumpa korang. Rindu lah.
 
Shaera: Hyeee. Aikk orang tu rindu kita ke ? Kan dah ada suami. Berkepit la dengan suami sendiri. JK mana ? Tak nampak pon.
 
Leeya: HAHAHAHA. Jahat la Shaera ni. Tak baik tau. Wei, Isha mane suami kau ? Tak berkepit ke ? HAHAHAHA.
   
   Isha menggeleng sambil tersenyum. Begitulah mereka. Ingin saja rasanya dia menyumpit kedua sahabatnya itu. Asyik membahan antara satu sama lain. Tak berubah !
 
Isha: Yahhh ! JK ade je. Tengah mandi. Jap lagi kitorang nak keluar. Nanti kita jumpa tau. Rindu korang sangat-sangat. Korang tengah kerja ke ?

Shaera: Haah. Tengah kerja ni. Tu la kan. Lama kita tak jumpa. Aku pon rindu nak dengar lawak hambar kau Isha.

Leeya: Kan. Tu la. Memasing dah busy sekarang. Isha dah kahwin. Kita pulak busy nak kahwin.

Isha: HAHAHA. Takpe. Nanti kita jumpa. Takpelah. Korang sambung lah kerja korang. Nanti kita borak lagi eh.
 
Shaera dan Leeya: Nanti jumpa tau. Rindu sangat ni. Bye-bye wife orang.
 
   Lantas panggilan video dimatikan. Tersenyum sendiri Isha saat terkenangkan telatah kedua sahabatnya itu. Haih ! Rindu betul lah dengan dua makhluk tu.
 
JK: Yeobu. Cakap dengan siapa tu ? Siap senyum-senyum lagi. Meh sini. Teman I makan. I dah lapar ni.
 
   Terkejut Isha mendengar sergahan JK yang tiba-tiba muncul dari celah mana entah. Isha bangun dan kemudian berjalan kearah suaminya sambil tersenyum.
 
Isha: I buat video call dengan Shaera and Leeya tadi. I rindu la dengan diorang. Nanti kita pergi jumpa dengan diorang nak ? You ajak V dengan Suga sekali eh. Jebal.

JK: Nae. Araso. Nanti kita jumpa diorang tapi sekarang you kena makan sekali dengan I sebab kejap lagi doktor nak check you. Jangan biar perut you kosong.
 
   Isha mengangguk dan kemudian mengambil sekeping roti. Sekadar untuk mengalas perut. Sebenarnya saat mengunyah roti tersebut, Isha betul-betul terasa hendak termuntah tapi dia tahan. Isha tak mahu JK bertambah risau dengan keadaan dirinya. *Kenapa dengan aku ni ? Kenapa asyik rasa nak muntah ? Haih tak selesanya* Isha tertanya-tanya tentang keadaan dirinya dalam hati.
 
- Di klinik -

   Isha menunggu giliran namanya dipanggil masuk berjumpa dengan doktor. Hatinya berdebar. Dia takut kalau doktor mengatakan dia sakit parah dan perlu hidup untuk tempoh 2 bulan sahaja lagi. Arghhh ! Tangan JK digenggam. Dia benar-benar takut.
 
  Isha dan JK masuk kebilik doktor bila namanya dipanggil. Isha tersenyum dan duduk dihadapan doktor itu. Doktor kemudian bertanyakan tentang sakit yang dialami Isha.

Isha menceritakan semua kepada doktor tentang dirinya yang rasa mual, pening dan muntah. Doktor kemudian mengambil tekanan darah Isha dan melakukan ct scan keperut Isha. Saat imbasan dilakukan, JK setia berdiri disamping Isha. Hati JK juga turut berdebar.
 
   Usai imbasan dilakukan, JK dan Isha dipanggil duduk berhadapan dengan doktor tadi. Riak muka doktor tersebut kelihatan sangat serius.

Mereka berdua menunggu dengan tenang apa yang akan disampaikan doktor tersebut. Mereka redha andai kata apa yang dikatakan doktor itu sesuatu yang negatif.

Tiba-tiba doktor itu tersenyum dan menghulurkan tangannya kearah JK. JK menyambut huluran tangan doktor itu lambat-lambat.
 
Doktor: Tahniah ye encik. Isteri encik mengandung 3 minggu.
 
   JK dan Isha terkejut mendengar berita itu. Sungguh tak sangka. JK terus memeluk isterinya disitu tanpa segan silu. Dia betul-betul seronok. Dye dan Isha akan bergelar daddy dan mummy tak lama lagi.
 
   Usai mengucapkan terima kasih kepada doktor dan mengambil ubat, JK dan Isha pulang kerumah. Sepanjang perjalanan pulang kerumah Isha dan JK tak berhenti tersenyum.

Masing-masing rasa tak percaya. Berita gembira tersebut perlu diberitahu pada semua orang. Aww seronoknya !
 
   Sampai dirumah, Isha dan JK cepat-cepat menelefon ibu bapa masing-masing dan memaklumkan kepada mereka tentang berita kehamilan tersebut.

Isha juga menghantar chat di group whatsapp mereka berenam. Dia mengajak mereka semua berjumpa untuk makan malam bersama sekaligus untuk memaklumkan tentang hal itu.

JK: Yeobu. I happy sangat tau. I happy yang tak lama lagi I dah nak jadi daddy. Thank you yeobu.

Isha: I pon tak sangka. I tak perasan period I lewat sikit bulan ni.

JK: Mulai dari harini, you tak boleh buat kerja rumah okey. Semua biar I yang settlekan. You duduk je. You cakap je nak makan apa, I buatkan untuk you.

Isha tersenyum lagi. Dia benar-benar bahagia berada disisi JK. JK memang suami yang sangat baik.
 
Malam itu sesuai dengan janji, mereka berenam berjumpa di cafe kegemaran mereka. Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam ketika Isha dan JK sampai dicafe tersebut. Kelibat Leeya, Suga, Shaera dan V sudah kelihatan dari jauh. JK memimpin tangan Isha dan berjalan kearah mereka berempat.
 
   Sampai saja dimeja makan, Isha cepat-cepat melepaskan genggaman tangan JK. Isha takut Shaera cemburu melihat dia dan JK bermesraan begitu. Isha terus memeluk Shaera dan Leeya untuk melepaskan rindu. JK pula bersalam dengan Suga dan V. Usai berpeluk dan bersalam, Isha dan JK duduk ditempat yang telah disediakan untuk mereka.

JK: Korang dah order ke ? Kalau belum, order lah apa-apa pon. The dinner is on me.
 
   JK berkata dengan muka yang berseri-seri. Dia sudah tak sabar untuk memberitahu berita gembira tersebut kepada sahabat-sahabatnya.
 
Suga: Belum order lagi. Eh tapi kenapa berseri-seri sangat muka kau ni JK ? Macam seronok sangat je.
 
V: Haah la berseri-seri je. Ape yang seronok sangat tu ? Ada apa-apa ke ? Eh tapi betul kau belanja makan malam ni ?
 
   JK hanya dan mengangguk dan tersenyum mengiyakan pertanyaan dari Suga dan V. Leeya dan Shaera juga pelik sebenarnya memandang JK yang kelihatan sangat seronok sekali. Isha pula cuma diam dan sesekali tersenyum.
 
Isha: Sebenarnya, kitorang ada benda nak bagitahu korang berempat. Berita gembira.
 
Shaera: Berita gembira apa ? Korang nak pergi honeymoon lagi sekali ke ?
 
Leeya: Eh takkan la. Ke korang nak pindah rumah baru ? Eh tak tau lah. Cakap la apa dia.
 
JK: Okay sabar ye gais. Rilek.Yang sebenarnya, siang tadi kitorang pergi klinik sebab Isha ni muntah-muntah, pening kepala lepastu doktor cakap Isha mengandung 3 mingguuuuuuu !
 
V: Ha ? Mengandung ? Anak JK eh ?

Semua yang mendengar soalan V terus tergelak dan menepuk dahi serta menggelengkan kepala. Aduh dia ni !
 
JK: Aigooo. Of course la anak aku. Takkan anak ayam pulak.
 
Shaera: Yahhhhh !
 
   Semua mata memandang Shaera. *Kenapa ? Tak suka ke dia dengar aku mengandung ?* Isha berkata dalam hati. Isha memandang JK dan JK turut sama memandang Isha sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu. Shaera kemudian menyambung kata-katanya.

V memandang Shaera. Dia tahu yang Shaera masih mencintai JK. Tapi takkan lah teruk sangat sampai tak seronok kawan sendiri mengandung.
 
Shera: Wahh congrates for both of you. Aku tumpang gembira dengar berita ni. Im so exciteddd ! Tak lama lagi aku jadi aunty.
 
Semua menarik nafas lega mendengar kata-kata Shaera. Lega rasanya bila Shaera nampaknya telah berjaya move on dari JK. Isha lah manusia yang paling lega disitu. Dia betul-betul takut akan penerimaan Shaera setelah mendengar berita tersebut.

Mana taknya dulu Isha juga yang beria-ria menolak JK tapi sekarang dia malah mengandung pula !
 
Leeya: Kau jaga diri elok-elok. Jaga baby. Jaga makan. Jaga minum. Jangan lasak-lasak sangat. JK, jaga Isha ni. Jangan bagi dia buat kerja berat.
 
Suga: Wahh seronoknya ! Patutlah JK berseri-seri sangat. Nak ada baby rupanya. Hurmm bila giliran kita ek Leeya ? Tak sabar la.

   Leeya yang sedang menyedut air terus tersedak mendengar kata-kata Suga. Merah padam mukanya. Malu !

Isha yang mendengar kata-kata Suga itu sebenarnya agak terasa hati. Untung Leeya kerana dicintai Suga. Tapi perasaan itu cepat-cepat dihalau kasar lantaran kerana dia bahagia bersama JK dan kini sedang mengandungkan anak lelaki itu. Leeya hanya mendiamkan diri kerana menahan malu.
 
JK: Ha kena la kahwin cepat-cepat. Nanti baru boleh ada baby.

 V: Fighting ! Lagi sebulan nak kahwin. Arghh ! Lambatnya masa berjalan. Oh ya. Lagi satu, korang dah pilih nama babynye ke ?
 
   Sekali lagi semua yang mendengar soalan V terus menggelengkan kepala. Im done ! V terus buat muka blur sambil tersenyum.
 
Isha: Haih ! V, aku baru mengandung 3 minggu. Tangan pon belum jadi lagi. Nak pilih nama tu memang lambat lagi la. Bukan sekarang.

Malam itu semua makan dengan berselera sekali. Isha gembira melihat sahabatnya yang tak putus-putus mengucapkan tahniah sebaik sahaja JK memberitahu berita kehamilannya. Dia rasa terharu ! Di dalam rahimnya kini tersemai benih cinta bersama suaminya.
 
Isha: Shaera, Leeya nanti kalaau ada apa-apa nak mintak tolong pasal wedding korang bagitahu la eh. Masa aku kawen korang banyak tolong aku so ni lah masanya untuk aku balas jasa korang.

Leeya: Okay. Nanti kalau kitorang nak mintak tolong, kitorang bagitahu kau. Kau jangan risau lah. Kitorang mesti mintak tolong kau punya. HAHAHAHA.
 
   Selesai makan semua pulang kerumah masing-masing untuk berehat lantaran kerana telah penat bekerja seharian. Seronok rasanya. Kenyang !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience