SUSPICIOUS
Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi ketika Leeya terjaga dari tidurnya. Jam didinding dikerlingnya sekilas. Leeya cepat-cepat bangun dan berlari ke bilik air. Dia sudah terlambat untuk ke tempat kerja. Leeya hanya mandi dan bersiap ala kadar kerana mengejar masa. Leeya rasa agak pelik kerana biasanya Shaera akan mengejutkannya dan pergi ke tempat kerja bersama-sama.
Leeya berlari ke dapur untuk mengalas perut sebelum ke tempat kerja dan tercengang melihat Shaera masih belum mandi dan tercegat memandang keluar tingkap. Pelik ! Leeya terus berjalan ke arah Shaera dan menegurnya
Leeya: Weh. Asal kau tak mandi lagi ? Kita dah lambat lah nak pergi kerja. Pergi lah mandi cepat nanti kang kena marah dgn bos !
Shaera betul-betul terkejut dengan kehadiran Leeya yang datang dari celah mana entah. Lamunannya terhenti kerana disergah Leeya. Jantungnya berhenti seketika. Shaera memandang Leeya dari atas ke bawah.
Shaera: Kau nak pergi mana ni ? Pagi-pagi dah bangun. Biasa kau bangun lambat. Nak jumpa Suga ke ? Aik ? Semalam baru jumpa ni nak jumpa lagi ?
Leeya: Eh mana ada nak jumpa Suga. Aku nak pergi kerja la. Kau tak kerja ke apa harini ? Takkan la. Kau amek cuti ke ?
Shaera: Kau gila ke ape ni ? Harini kan cuti ! Nak pergi kerja kenapa ? Ha kan aku dah pesan malam tadi sebelum tidur basuh kaki tapi kau main tidur je. Bangun-bangun dah gila.
Leeya: Eh harini cuti eh ? HAHAHAHA. Aduh aku tak ingat. Alaaa buang masa je berlari kesana kesini taknak lambat punya pasal. Adui bongok lah. Alaaa habis aku dah siap ni, takkan kan la nak duduk rumah je ?
Shaera: Habistu kau nak pergi mana ? Pagi lagi ni kalau nak pergi pon. Pergi la nanti petang sikit.
Leeya berfikir sejenak tentang destinasi yang ingin dituju bersama Shaera petang nanti.
Leeya: Ermm. Apa kata kita pergi rumah Isha nak ? Lama dah kita tak pergi rumah dia. Jom pergi sekarang ? Jom. Jom cepat. Pergi la siap cepat !
Shaera: Okay. Kita pergi rumah Isha tapi aku nak tanya kau satu soalan.
Leeya: Soalan apa ? Pasal apa ? Nampak macam serius je.
Leeya memperhatikan gelagat Shaera. Riak wajahnya gusar semacam. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
Shaera: Kau rasa apa yang Isha buat tu betul ke ?
Leeya: Apa maksud kau ? Apa yang Isha buat ? Aku tak paham.
Shaera: Yang dia mengandung tu ? Maksud aku kan dia sebelum ni beria sangat tolak JK tu tapi sekarang mengandung pulak. Aku macam pelik.
Leeya: Haih kau ni. Apa yang pelik ? JK tu kan suami dia. Dia ada suami. Memang lah mengandung. Lain lah kalau dia takda suami tapi mengandung. Ha itu lagi pelik !
Shaera: Tak lah. Memang la JK suami dia tapi kan dia tak cintakan JK. Macam mana dia boleh serahkan badan dia untuk lelaki yang dia tak cinta ?
Leeya: Itu tanggungjawab diorang sebagai suami isteri. Tanggungjawab Isha. Kalau dia tak jalankan tanggungjawab dia kira berdosa lah dia. Dah la takyah la pikir pasal ni. Kita patutnya doakan Isha dengan baby dia sihat. Kita kawan baik Isha kan.
Shaera hanya mengangguk. Dia sebenarnya bingung dengan perasaannya sekarang. Dia sudah pon berhenti mencintai JK saat lelaki itu sah bergelar suami kawan baiknya tapi bila mendengar khabar bahawa Isha mengandung hatinya jadi sakit. Entah lah. Dia cuba mengusir perasaan itu tapi adakalanya perasaan itu datang berkunjung. *Aku dah tak cintakan JK !* Shaera bermonolog dalam hati.
- Rumah JK dan Isha -
Isha mengemas sedikit rumahnya selepas JK pergi ketempat kerja sebentar tadi. Isha tetap menggagahkan diri melakukan kerja-kerja rumahnya walaupon kepalanya terasa berat dan tekaknya terasa mual yang amat sangat. Minyak kapak sentiasa ditangan untuk menghilangkan rasa pening.
Doktor ada mengatakan bahawa perempuan mengandung memang akan mengalami alahan atau lebih dikenali sebagai morning sickness. Ya itulah yang dialaminya saat ini. Morning sickness. Tak selesa !
Isha duduk sekejap bila terasa penat. Dia ingin melelapkan matanya untuk beberapa minit. Kepalanya terasa berat. Pening ! Tak larat ! Dia berharap selepas bangun nanti sakit kepalanya akan hilang.
'Ting Tong' loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu yang datang. Isha cepat-cepat bangun dan berlari ke pintu. Kepalanya terasa berat. *JK ke ? Ada tertinggal barang ke ?* Isha beranggapan bahawa itu suaminya.
Saat pintu dibuka, terkejut Isha melihat sahabatnya tercegat di depan. Leeya dan Shaera tersenyum memandang Isha dan melambaikan tangan mereka. Isha menjemput sahabatnya masuk dan menghidangkan mereka air.
Leeya: Kitorang saja je datang nak tengok kau. Lagipon kitorang dah lama tak datang rumah kau kan.
Leeya memberitahu tujuan mereka berdua datang kerumah Isha tanpa dipinta. Isha pasti terkejut dengan kehadiran mereka berdua didepan pintu pagar rumahnya pada awal-awal pagi seperti itu.
Shaera: Leeya la ni. Aku nak pergi petang tapi dia ajak pergi sekarang pulak. Tak sabar. Kau macam mana harini ? Okay ? Ada rasa nak muntah lagi tak ?
Isha: Aku o....
Belumpun sempat Isha membalas kata-kata Shaera, dia terus berlari kedapur. Dia terasa ingin muntah. Leeya dan Shaera turut sama berlari kedapur dan memicit tengkuk Isha untuk mengurangkan rasa tidak selesanya. Isha memuntahkan segala isi perutnya. Morning sickness yang dialaminya agak teruk.
Leeya: Kau okey tak ni ? Macam teruk je kau muntah. Nak kitorang call kan JK tak ?
Isha: Jangan. Jangan call JK. Kesian dia nak kerja. Aku taknak kacau dia.
Shaera: Habis kau macam mana ? Muntah teruk macam ni. Bagitahu je JK. At least dia tahu kau tengah tak sihat kat rumah ni.
Isha kemudian berlalu kedepan dan mengajak Leeya dan Shaera duduk diruang tamu bersama.
Isha: Aku okayy je. Lagipon doktor kata orang pregnant memang macam ni. Alahan. Morning sickness. Korang jangan risau sangat lah. Aku okay. Cuma aku mengantuk sikit. Aku nak tidur sekejap boleh tak ? Kejap lagi aku nak bangun masak. JK balik tengahari nanti nak makan. Korang duduk lah. Buat je macam rumah sendiri.
Shaera: Takpelah. Kau tidur je. Biar aku je yang masak. Eh maksud aku, aku dengan Leeya boleh tolong kau masak. Dah kau tidur je eh.
Isha: Eh betul ke ni ? Segan la aku dengan korang. Susah-susah je. Korang datang tapi kena masak untuk suami aku. Sorry lah aku susahkan korang tapi masak lah sedap sikit eh. HAHAHA.
Shaera dan Leeya menggeleng dan kemudian berlalu ke dapur untuk memasak. Isha pula sudah terlelap diruang tamu.
- Di Dapur -
Leeya membantu Shaera menyediakan bahan-bahan untuk memasak makanan kesukaan JK. Ketika Leeya sedang leka menyediakan bahan, dia terpandangkan Shaera yang sedang tersenyum sambil memasak. Shaera yang perasan Leeya sedang melihatnya cepat-cepat berdehem.
Leeya: Kau kenapa ? Senyum-senyum macam tu ? Kau jangan buat hal eh. JK suami orang. Tolong jangan buat hal.
Shaera: Eh apa kau cakap ni. Mana ada aku senyum. Aku okey je. Ha takpelah. Kau pergi lah duduk depan. Aku boleh masak sorang-sorang. Aku dah biasa dah. Aku nak siapkan masak ni sebelum JK balik.
Leeya: Biar lah aku tolong. Aku pon tahu masak lah.
Shaera: Takpe. Aku boleh buat sorang. Aku dah biasa dah. Kau pergi lah depan.
Leeya memandang Shaera dengan pandangan yang pelik. Leeya melangkah lambat-lambat keluar dari dapur sambil memandang Shaera dengan pandangan yang penuh tanda tanya. *Dah kenapa dengan Shaera ni ? Kenapa tak bagi aku tolong ? Salah ke aku nak tolong ? Kenapa pelik sangat kelakuan Shaera ni ?* Leeya membebel sendiri dalam hati.
Gaya Shaera seperti ingin memasak untuk suaminya sendiri. Siap senyum-senyum lagi. Pelik !
Share this novel