BAB 9

Romance Completed 3880

FATED

Masa terus berputar dan berjalan seiring dengan kehendak TUHAN. Isha kini sudahpun mengandung 9 bulan. Perutnya sudah sebesar buah tembikai. Isha hanya duduk dan sesekali akan membuat kerja rumah walaupon dalam keadaan perutnya yang membulat itu.
 
JK: Yahhh ! Yeobu. Jangan lah buat kerja berat. Alaa you ni tak reti duduk diam eh ? Biar la I yang buat. Gwenchana. I boleh buat semua kerja rumah ni. You rehat je. Nanti kejap lagi I nak masak ni. You duduk diam-diam eh.
   
   JK membebel bila dia ternampak Isha sedang mengangkat kotak-kotak berisi kertas yang akan dibuang itu. Isha memang begitu. Lagi orang larang lagi dia buat ! Degil !

Isha: Ish you ni. I okay lah. You tahu tak, doktor cakap perempuan mengandung yang dah sarat ni kena banyak buat kerja. Kena banyak bergerak nanti senang nak deliver.

JK mendekati Isha dan menyuruhnya duduk. Dia menyambung mengemas dan menyusun kotak-kotak yang diangkat isterinya tadi. Isha memerhatikan suaminya mengambil alih aktivitinya menyusun kotak itu.
 
Isha: Sayang. Meh sini. Duduk sebelah I kejap.
 
   Isha memanggil JK yang sedang sibuk menyusun kotak. JK kemudian berjalan kearah Isha dan duduk di sebelah isterinya itu. Perut bulat Isha diusap lembut. Comel !
 
JK: Wae ? Rindu I ? I ada depan mata you pon you dah rindu. Kalau I takda depan mata you, agaknya you macam mane ek ? HAHAHA.

JK sengaja mahu mengusik Isha. Dia suka melihat Isha merajuk bila diusiknya. Tapi Isha hanya diam dan memandangnya. Timbul rasa pelik melihat Isha begitu. JK terus meraih tangan isterinya dan digenggam erat.

JK: Kenapa yeobu ?
 
Isha: I sayang you tau. I sayang you sangat. JK, kalau you kena pilih antara I dengan baby, you pilih baby tau.

JK pelik mendengar kata-kata Isha. Tak pernah Isha bercakap sepelik itu sejak mereka berkahwin. Perasaan negatif yang timbul dihatinya cepat-cepat dihalau pergi.
 
JK: Yeobu, you cakap apa ni ? I tak paham. Kenapa you cakap macam ni ? Kalau kena buat pilihan sekalipon, I akan pilih dua-dua sebab I sayang you dengan baby kita. You tak sihat ke ? You rasa tak sedap badan eh ? You rasa dah nak bersalin ke ? Perut you sakit ?

Isha cuma menggeleng. Entah. Tiba-tiba saja mulutnya terasa ingin mengucapkan kata-kata seperti itu. Perubahan hormon mungkin !

JK: I taknak you cakap macam ni lagi okey. I sayang both of you. I tak boleh kalau you dengan baby takda. Hurm, I nak masak sekejap. You duduk sini eh. Jangan buat kerja apa-apa. Rehat je.

   Selesai mengemas kotak tersebut, JK masuk ke dapur untuk memasak. Segala bahan disediakan dan dibersihkan. Isha perlu makan makanan yang berkhasiat untuk menyihatkan bayi didalam kandungannya.
 
   Ketika sedang leka memasak, JK terdengar bunyi seperti hentakan yang kuat dan suara orang menjerit. JK teringatkan Isha dan terus berlari kedepan. Isha sedang terbaring dan kepalanya berdarah manakala dicelah pehanya ada darah mengalir. JK cepat-cepat berlari dan memangku Isha.

Kotak-kotak yang JK susun tadi sudahpon beralih tempat dan ada diantaranya yang jatuh bersepah dilantai. Isha pasti meneruskan kerja menyusun kotak-kotak itu dan terjatuh.
 
JK: Yeobu ! Kenapa ni ? Apa you buat tadi ? I dah cakap kan duduk diam-diam. Biar I yang buat semua kerja.
 
Isha: JK, perut I sakit. Sakit sangat. Anak kita ! Selamatkan anak kita. Jebal !

JK: Tahan yeobu. Tahan.
 
   JK mencapai kunci keretanya dan mendukung Isha masuk kedalam kereta dan terus memandu ke hospital. Dia perlu menyelamatkan isteri dan anaknya ! Tak kira apa pon yang terjadi !

   Ketika sampai dihospital, Isha terus dimasukkan kebilik bedah. Doktor mengatakan bahawa Isha perlu dibedah dengan kadar yang segera untuk menyelamatkan nyawa kedua-duanya.
 
   Doktor kemudian memberi JK satu borang kebenaran untuk membedah isterinya dan dia perlu memilih untuk menyelamatkan satu nyawa sahaja sama ada Isha atau anaknya. Keliru ! JK keliru !

JK: Kenapa saya kena pilih ?

Doktor: Encik. Macam ni. Isteri encik menghadapi sedikit komplikasi. Isteri encik tumpah darah kemungkinan kesan dari terhentak. Encik kena pilih sama ada nak selamatkan isteri atau anak encik. Walaubagaimanapon, pihak kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan keduanya.

JK mengangguk dan dengan lambat-lambat menandatangani borang kebenaran itu. Hatinya berbelah bahagi untuk memilih. Tapi dia yakin dengan pilihan yang dia buat. Usai tandatangan, borang kebenaran diserahkan semula kepada doktor tadi.

JK kemudian menghubungi keluarganya dan keluarga Isha untuk memaklumkan hal tersebut. Dia juga menghubungi sahabat mereka dan memaklumkan berita itu. Masing-masing terkejut mendengar berita itu. Tak percaya, terkejut, sedih, panik semua bercampur baur.

20 minit kemudian keluarga JK dan keluarga Isha tiba dihospital. JK terus dipeluk oleh ayah Isha dan ayahnya. Ibu Isha menangis dan ditenangkan oleh ibu JK. Semua tertanya-tanya bagaimana boleh terjadi hal sebegini.

JK dengan tenang menjawab satu persatu soalan yang diajukan kepadanya. Kata-katanya diselang seli dengan tangisan yang semakin menggila. Tidak mampu dia menahan airmata. Kesedihannya tidak dapat disembunyikan lagi.
 
   JK duduk dikerusi menunggu dan menanti dengan sabar. Sudah hampir satu jam Isha berada dalam ruang bedah. Tapi masih tiada khabar tentang Isha. Perutnya terasa lapar kerana belum makan apa-apa pon sejak pagi. Dia teringatkan perbualannya bersama Isha pagi tadi.
 
'Kalau you kena pilih antara I dengan baby, you pilih baby tau'

JK: I mintak maaf yeobu. I mintak maaf. I tak pilih anak kita. I pilih you. I sayang you. I tak boleh kalau you takda. I nak you. I nak you.
 
V: JK !
 
   JK terkejut bila namanya tiba-tiba dipanggil. Kelihatan juga Shaera, Leeya dan Suga di belakang V. Airmatanya disapu. JK pantas bangun dan memeluk Suga serta V. Dia tidak kuat menghadapi semua ini sendiri. Dia berharap semuanya akan selamat. Dia berharap isteri dan anaknya akan selamat.

Leeya: JK, sebenarnya Isha kenapa ? Macam mana boleh jadi macam ni ? Risau la aku.
 
Shaera: Haah kenapa dengan Isha ? Sampai kena operate tu ?
 
   JK cuba menenangkan diri sendiri untuk menjawab soalan sahabatnya. Hatinya sedih. Dia takut kalau ada sesuatu yang buruk terjadi kepada Isha dan anak mereka. Dia benar-benar takut.
 
JK: Dia jatuh tangga. Aku tadi tengah masak pastu aku dengar macam benda jatuh pastu ada orang jerit. Aku terus teringat kat Isha. Keluar-keluar je aku tengok Isha dah terbaring. Aq terus bawak ke sini. Doktor kata aku kena pilih antara Isha dengan baby. Isha suruh aku pilih baby tapi aku sayang dua-dua. Aku pilih untuk selamatkan Isha sebab aku lebih sayang Isha. Pasal anak, aku yakin akan ada rezeki lain untuk kami nanti.
 
   JK menangis lagi seraya meraup wajahnya. Shaera dan Leeya turut sama menangis. V dan Suga sesekali menyapu airmata. Mereka benar-benar sedih. Dugaan kali ini sangat berat untuk mereka tanggung. Tak sanggup rasanya !

Masing-masing berdoa semoga Isha dan bayinya selamat. Tidak putus-putus mereka berdoa supaya Isha kuat dan tiada hal yang tidak diingini berlaku.
 
- 3 jam berlalu -

Doktor akhirnya keluar dan menunjukkan seorang bayi kepada JK. Ingin saja dia melompat kegembiraan tapi terpaksa ditahan. Suga, V, Shaera dan Leeya turut sama melihat bayi tersebut. Comel ! Macam JK !

Semua meluru pada doktor untuk melihat bayi itu. Putih. Gebu. Kulitnya putih kemerah-merahan. Sama persis dengan Isha dan JK. Semua tersenyum dan bersyukur.

Doktor: Tahniah Encik JK. Anak lelaki.
 
JK: Isteri saya macam mana doktor ?

Doktor: Isteri Encik mengalami sedikit komplikasi semasa operation tadi. Dia sekarang dalam keadaan kritikal. Pihak kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan isteri Encik tapi sampai sekarang dia masih belum sedarkan diri lagi.
 
   JK terus terduduk dihadapan doktor itu. Tak sanggup dia kehilangan Isha. Isha perempuan yang paling dia sayangi selepas ibunya. Airmata JK jatuh ke pipi. Dia menangis tanpa segan silu dihadapan semua orang yang berada disitu. Dia ingin menjerit tapi akal sihatnya melarang.
 
JK: Boleh saya jumpa isteri saya sekarang ?
 
   Doktor tadi hanya mengangguk. JK kemudian bangun dan masuk kebilik yang menempatkan Isha. JK melangkah perlahan-lahan mendekati isterinya. Dia sebak. Kepala Isha berbalut. Isha kini memakai mesin bantuan hayat untuk terus bernafas. Ditangannya juga terdapat satu wayar untuk memasukkan ubat-ubat yang Isha perlukan.
 
   Isha kelihatan seperti nyenyak tidur tapi lain pula kenyataannya. Airmata yang mengalir di pipi diusap perlahan. JK duduk di kerusi dan mendekatkan mulutnya ke telinga Isha.
 
JK: You kena kuat yeobu. You kena kuat. You kena bangun. Demi I, demi anak kita. Jangan tinggalkan I. Jebal ! I sayang you. I perlukan you. Anak kita perlukan mummy dia. You dah janji takkan tinggalkan I kan ? You dah janji you nak jaga anak kita sama-sama kan ? Jangan buat I macam ni yeobu. I sayang you ! I sayang you sangat ! Kalau you pergi, sapa nak jaga I ? Sapa nak jaga baby kita ? I tak kuat kalau you takda. Bangun yeobu. Bangun. Please.
 
   Airmata JK jatuh ke pipi. JK memandang Isha. Isterinya itu kini sedang memandangnya. JK terkejut. Dia ingin berlari memanggil doktor tapi dihalang oleh Isha. Tangan JK digenggam kemas oleh Isha. Isha masih mamai lantaran kerana kesan bius yang diberikan sebelum pembedahan tadi. Dalam kepayahan Isha bersuara tersekat-sekat.

Isha: Sayang. Kenapa you nangis ? Baby kita mana ? Dia okay ke ? I nak tengok baby kita. Please.
 
   JK lega kerana Isha telah sedar dan berjaya melepasi masa-masa kritikalnya. JK mengusap kepala Isha, tangan isterinya itu dicium berkali-kali. Sungguh dia mengucapkan syukur yang teramat sangat.
 
JK: Baby kita ada yeobu. Kita dapat baby boy. Comel. Macam you. Dia sihat. Kitorang semua dah tengok baby. Gomawo yeobu. Tq sebab you sudi kandungkan anak kita dalam rahim you. Tq sebab you sudi bawak dia pergi mana-mana je you pergi. Tq sebab you sudi lahirkan anak kita. I tak mampu nak balas pengorbanan you yeobu. I sayang you. Gomawo.
 
   Isha memegang pipi JK sambil tersenyum. Muka JK ditatap lama. Isha memandang tepat kedalam mata JK. Sungguh dia ingin selamanya menatap mata milik suaminya itu.
 
Isha: Iye welcome sayang. I nak tengok baby kita sekarang boleh tak ?

   JK mengangguk dan keluar meninggalkan Isha. JK keluar mencari doktor dan meminta untuk mengambil anaknya seketika dan membawa anaknya berjumpa dengan isterinya.
 
   Ketika berada diluar, JK sempat memberitahu keluarganya, keluarga Isha dan sahabat mereka bahawa Isha telah sedarkan diri. Terpancar riak kegembiraan dan rasa syukur mendengar berita itu. JK kemudian masuk semula dengan membawa seorang bayi lelaki dan meletakkan bayi itu dipangkuan Isha.
 
JK: Anak kita yeobu.
 
   Isha memandang bayi tersebut. Dia tersenyum. Isha segera mencium dahi dan pipi anaknya. Comel ! Macam JK ! Isha cuba untuk bangun tapi gagal. Perut dan kepalanya masih terasa sakit. Isha kemudian menyusukan anaknya sambil berbaring. Bayi kecil itu dahaga mungkin.

JK hanya memerhatikan Isha dan anak mereka sambil tersenyum. Sesudah menyusukan anaknya, Isha menyerahkan semula bayi itu kepada JK. Lantas JK mendukung bayi kecil yang sudah nyenyak tidur itu. Mungkin sudah kenyang.
 
Isha: Sayang. Gomawo. Terima kasih sebab sudi jadi suami I. Terima kasih sebab cintakan I. Terima kasih sebab bagi I peluang untuk jadi seorang ibu. Terima kasih sebab jaga I sepanjang I pregnant. Terima kasih sebab jadi suami yang baik untuk I. I hargai sangat-sangat. I sayang you JK.
 
   JK memandang Isha. Isha sedang menangis. Airmata kegembiraan mungkin. JK cepat-cepat menyeka airmata Isha. Dia tak ingin melihat Isha mengalirkan airmata walaupun setitis.
 
JK: Hei. Apa you cakap ni ? I buat semua tu sebab I sayang you. I sayang baby kita. Kenapa you cakap macam ni ? You okay tak ? Sakit ? Sakit dekat mana ? I panggil doktor kejap eh.
 
   Isha menggenggam tangan JK sekemas yang mungkin. Isha menggeleng laju. JK duduk semula di kerusi. Isha kemudian menyambung semula kata-katanya.
 
Isha: Kalau I diberi peluang, I nak rasa sekali lagi jadi mummy pada anak-anak kita. JK, I dah tunaikan hasrat you untuk jadikan I suri hati you dan ibu pada anak you. Sekarang I nak mintak satu benda je dari you.

JK: Cakap je. You nak apa ? I akan tunaikan. I akan buat. Asalkan you tak tinggalkan I. You dah janji you takkan tinggalkan I kan ? You dah janji you nak jaga baby kita sama-sama sampai dia besar kan ? Jebal.
 
Isha: I nak you jaga anak kita elok-elok. I nak you ajar dia benda yang baik-baik je. You bagi dia nama tau. Nanti bila dia dah besar, you cerita semua pasal I dekat dia eh. Cakap dekat dia I sayang dia. Sangat-sangat. JK, you kena tahu yang I sayang you. I bangga dan bahagia dapat jadi wife you. Ampunkan I. Ampunkan segala salah silap I sepanjang I jadi wife you. Sayang, I mintak maaf. I dah tak kuat. I tak larat. I mintak maaf.

JK meraung meminta supaya Isha menghentikan kata-katanya. Tak sanggup rasanya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Isha. Pedih hatinya. Untuk seketika, yang kedengaran hanya suara esak tangis JK manakala Isha sudah senyap. Isha sudah terkaku diatas katil.
 
   JK menekan butang emergency yang terdapat dibirai katil. Lantas beberapa doktor dan nurse masuk ke ruangan yang menempatkan Isha. Doktor memeriksa nadi Isha dan pantas menggeleng. JK meraung dengan lebih kuat. Bayi yang berada di atas dukungan JK turut merengek dan menangis. Seolah-olah memahami bahawa ibunya kini sudah tiada.
 
   Beberapa doktor cuba menenangkan JK sementara nurse mengambil bayi diatas dukungan JK dan membawanya keluar. Bimbang bayi tersebut jatuh kerana JK sedang meronta-ronta dibirai katil Isha.
 
JK: Yahhhhh ! Kenapa you tinggalkan I ? You jahat ! You tipu I ! You dah janji you takkan tinggalkan I. Kenapa you pergi ? Siapa nak tolong I jaga baby kita ? Please bangun. Bangun demi I. Demi baby kita. Please. I merayu sangat.
 
   JK jatuh terduduk diatas lantai. Dia tak ingin menerima kenyataan bahawa isteri tercintanya sudah tiada. Isteri tercintanya sudah pergi meninggalkannya. Dia benar-benar berharap Isha akan bangun bila dia meraung dan meronta-ronta begitu.

Jasad Isha dipandang penuh pengharapan. JK mengharapkan isterinya itu bernafas semula seperti sedia kala. Tapi siapa dia untuk menidakkan kuasa TUHAN. Airmatanya laju turun menyembah bumi. Soal malu ditolak ketepi. Dia hanya mahu Isha bangun dan bernafas semula.

Doktor kemudian keluar dan memberitahu kepada tentang itu kepada mereka yang menunggu diluar. Ada yang meraung, ada yang terduduk, ada yang menangis. Perasaan mereka bercampur baur. Sukar rasanya untuk mempercayai apa yang disampaikan doktor kepada mereka.

Ibu bapa Isha meraung dan menangis. Anak mereka telah tiada. Anak yang mereka tatang dari kecil sudah pergi dijemput Ilahi. Keluarga mertua Isha juga begitu. Bagi mereka, Isha memang menantu yang baik. Tidak pernah Isha meninggikan suara sepanjang menjadi menantu mereka.

   Kenangan demi kenangan bersama Isha bagai diulang tayang dalam fikiran Leeya, Shaera, Suga, dan V. Berat untuk mereka menerima kenyataan sahabat yang selama ini ada ketika susah dan senang sudah pergi meninggalkan mereka. Bukan meninggalkan mereka dan berpindah ke negara lain tapi sebaliknya pergi jauh. Lebih jauh dari angkasa. Lebih jauh dari cakrawala ini untuk menemui penciptanya.
 
   Ya ! Takdir TUHAN mendahului segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience